Selasa, Disember 30, 2014

Azam Tahun Baru

Hey and Assalamualaikum readers ,

Yeah , tahun ni , 2014 agak mencabarkan lah jgk , haha , yeah tahun ni boleh dikatakan tahun dimana aku bangkit dari dugaan yang banyak masa tahun 2013 , terlalu banyak sangat dugaan  .

Masa tahun 2013 aku tak habis habis buat masalah , hahahaha , pergi main badminton dalam ***** la , sumpah kelakar bila diingatkan balik , aku , ammar , halim , adilla , shera , wahyu , dan beberapa lagi rasanya , kiteorg buat kerja yang tersangatlah gila dkt sekolah .

Masa buat kerja bodoh tu kiteorg terkantoi dengan cikgu tau , lepastu cikgu tu ambil nama kiteorg , hahahaha , sampai masuk kelas , time cikgu roy iaitu cikgu disiplin , time tu belajar BI , semua cuak je , sbb kertas yang cikgu tulis nama tu dkt tangan cikgu roy masa mengajar , semua yang terlibat berdebar2 hahahah , last2 dia sebut semua nama dkt dalam kelas , perghhh satu kelas tahu sia , nasib baik bukan satu sekolah , hahaha .

Tapi dalam kalangan cikgu mestilah ada yang tahu , sampai kene perli dengan cikgu masa waktu KH , ayat cikgu tu sumpah sentappps , hahaha , then aku ada byk kes , kes dimerit belambak gila , sampai cuak gak kene gantung sekolah ke aper , tapi nasib baik tak jadi apa2 . Alhamdulillah.

Kes aku pergi pecahkan tanda nama kelas PPKI takyah la cite , serams je igt balik , dah la cikgu roy jgk yang mrh aku . hahaha.

Tahun 2014 , wahhhhhh ! tahun dimana aku selalu diberi terlalu banyak perhatian oleh guru , tapi bukan aku sorang je , satu kelas , 3 WIRA memang hots tahun ni , sbb kes bising yang terlampau , antara punca aku lah , hahaha , selalu gak kelas kiteorg kene perli dkt perhimpunan .

Pengetua pernah masuk kelas semata-mata nak jumpa aku jee , 2 kali kau tahu ???? Aku mcm , takyah la susah susah datang , buat penat jee naik tingkat 3 , tapi ... nak buat cemana kan ? haha .. Aku faham , pengetua ambil berat dkt semua anak anak murid dia , mestilah dia nak aku ni besar nanti jadi insan berjaya , thanks cikgu cikgu yang tak putus2 MENEGUR dan MENASIHAT kan saya . Kenapa huruf besar ?? SUKAHATI aku lerr , hahaha .

Okay tahun 2015 , iaitu tahun depan , lagi beberapa hari je , aku berazam supaya lebih serius , tak banyak main dalam kelas , study kaw kaw .

Aku still keliru sama ada nak pilih aliran sains atau akaun , tapiiiii , hurmm , dengar cerita sains ni susah , tapi mak aku nak aku ikut jejak langkah 3 orang akak aku yang ambil sains , tapiiiiiiiiiiiii , SAINS KOTTT  . hahaha

Kalau next year aku tak dapat kelas sains , aku dah siap siap redha , huhuhu , dapat akaun pun okay , Alhamdulillah je ,  Allah dah janjikan rezeki dkt orang yang berusaha , lagipun usul "Alisan sains mampu membina pelajar berjaya" dan tak boleh pakai , sebab ada je orang dari aliran sains yang mati kutu sebab tak dapat ikut pelajaran yang agak susah , dah pelajaran terus kelaut , dan ada je orang dari aliran aliran yang lain pergi laut bekerja "Teknologi Marin" dan gaji weh , sangat lah lumayan .

Aku nak je ikuti kos Teknologi Marin , cuma mata tidak mengizinkan , mungkin rezeki aku dkt tempat lain , insyallah , ada banyak lagi pekerjaan yang tidak glamour didengar orang tapi gaji sangat lah lumayan . Aku dah MELALUT dari tajuk "AZAM TAHUN BARU" hahahahahahahahahahahahaha.

Tahun baru ni aku akan lebih diam , kurang bercakap , bercakap bende yang penting je , aku cakap KURANG BERCAKAP BENDE TAK PENTING . Bukan LANGSUNG TAK BERCAKAP BENDE TAK PENTING ..Jadi nnti kau fikir aku hipokrit pulak cakap tak serupa bikin tahun depan , ahaha.

Jadi , setiap tahun mesti kene ada PERUBAHAN , dan perubahan tu mesti lah kene semakin ke arah KEBAIKAN, hidup ni macam permainan , senang  ckp mcm GAME , ada level level , kalau kau level 1 je sampai tak sudah , bila nak berjaya ? GET IT ? hahahhaha ,
Krinkes Decor PERSONAL USE

Selasa, Disember 23, 2014

Sistem PBS Yang Mengarut


Assalamualaikum readers ,

Saya bukan nak meluahkan perasaan yang pernah terjadi sendiri dekat diri saya , tapi saya rasa saya perlu mengkongsikan , bahawa sistem PBS amat merepek .

Jika dulu , apabila disoal kenapa wujudnya PBS , guru-guru akan menjawab , oleh kerana peperiksaan seperti UPSR , PMR dan SPM tidak adil . Kenapa tidak adil ? katanya bahawa sebagai contoh murid yang cermelang dan ingin menduduki peperiksaan besar , dan dalam masa yang sama dia kehilangan ibu, bapa dan sebagainya , kononnya ia tidak adil kerana pelajar tersebut tidak boleh menumpukan perhatian 100% terhadap peperiksaan .

Dan kononnya , kemalangan dan sebagainya , tidak dpt menduduki peperiksaan laa , dan mcm mcm lagi . Jadi bila nak dibandingkan dengan sistem PBS sekarang amat berlawanan dengan apa yang disebut guru-guru , sebab apa ? Kononnya PBS menilai pelajar setiap hari , bukan tertumpu pada suatu tarikh peperiksaan sahaja , jadi , guru-guru yang sibuk membuat PBS , tidak membenarkan pelajar tidak hadir ke sekolah , sebab apa ? sebab guru malas untuk membuat PBS kali kedua dan sebagainya , jadi bukankah sama sahaja ?

Lagi mengecewakan seorang pelajar , apabila mereka tidak dapat mengulangi PBS oleh kerana tidak dapat hadir oleh sebab mempunyai urusan penting , walaupun memiliki surat hospital .Jadi disini , sistem PBS tidak dijalankan dengan baik.

Band , jika ada seorang pelajar yang agak nakal , dan pandai akademiknya , walaupun mereka membuat PBS dengan jayanya , tetapi guru tidak memberikan band yang SEPATUTNYA kepada mereka , hanya disebabkan TIDAK SUKA. Dan ada pelajar yang biasa biasa sahaja akedemiknya dan baik hati , cikgu tumus lumus membantu mereka untuk mendapatkan keputusan Band PBS yang baik .

Jadi persoalnya , adakah masa depan pelajar terletak pada kemahiran otak ? ATAUPUN terletak pada layanan seorang guru ?

Ini bukanlah perkara yang tidak perlu diambil berat , ini adalah untuk masa depan NEGARA , MALAYSIA , kita mahu meletakkan orang yang berkemahiran di bawah dan orang yang serba kekurangan di atas ? BILA MAU MAJU MALAYSIA ? Mari kita fikirkan .

Guru tidak seharusnya menggabungkan kelakuan dan kepandaian pada keputusan PBS , PBS seharusnya diisi dengan kemampuan pelajar itu sendiri , dan kelakuan pelajar sendiri bukan hukumannya merendahkan Band PBS !! , kalau semua guru membuat kaedah ini , habis apa FUNGSI guru-guru disiplin ? KAD DEMERIT ??? guru seharusnya pandai membezakan pelajaran dan kelakuan , kelakuan pelajar harus dihukum dengan peraturan sekolah tersendiri , bukan merendahkan Band PBS pelajar .

Ada satu cerita yang didengar oleh saya sendiri , diceritakan oleh orang politik sendri secara 'personal'. Saya tidak menjamin kisah yang saya dengarkan adalah benar dan sahih , tetapi biarlah cukup sebagai satu perkongsian ,

Orang tersebut mencerikatan kepada saya sendiri bahawa sistem pelajaran yang berubah-rubah oleh kerana kerajaan mahu menaiktarafkan pendidikan rakyat Malaysia . Pada suatu masa dahulu , pendidikan korea merupakan yang tercurut , tiba-tiba Korea dapat memajukan pendidikan negara mereka dan kini merupakan negara yang teratas . Kerajaan Malaysia muskil akan ini dan pergi melawat Korea sendiri dan mahu dikongsikan tips , bagaimana boleh maju dengan mendadak ? . Dan orang Korea tersebut hanya menjawab , mereka menggunakan sistem Pelajaran Malaysia dahulu kala .

Itu saja yang dapat dikongsikan pada harini , Yang baik semua datang dari Allah , yang buruk semua dari saya , tersilap kata ataupun terguris hati saya meminta maaf , hanya sebagai pengkongsian , BYE .... :)
Krinkes Decor PERSONAL USE

Isnin, Disember 22, 2014

Result PT3 Alhamdulillah , Study Last Minute

Assalamualaikum readers ,

Seperti yang kononnya dinantikan oleh korang semua , result PT3 aku -_- hahaha , aku akan ceritakan pengalaman aku dahulu . 

3 hari sebelum peperiksaan PT3 .......

Okay , oleh sebab stress yang teramat , galakkan rakan sebaya , syaitan syaitan yang tak putus putus menghasut aku supaya tak payah STUDY .. Idk why , hati aku rasa mcm dah malas belajar , tak kisah pasal PT3 , dengan sistem serabutnya .

Aku pun relex jee , lagi sebulan , lagi seminggu , lagi 3 hari baru lah aku pergi contact member girl aku yang bernama Nur Aisyah Abu , aku SANGAT SANGAT SANGAT berterima kasih dkt dia sbb dah tolong menaikkan semangat aku.

Aku malas untuk study ada satu sebab , sebabnya adalah aku seorang rabun warna yang tidak kronik , aku masih boleh kenal semua warna , cuma warna yang aku lihat tidak sama dengan warna yang korang lihat dan berkemungkinan mata aku telah mencipta warna yang tak pernah wujud ni dunia sebelum ni . HAHA , HEBAT KAN AKU ? hahaha

So , aku nak jadi Doc Haiwan , Speacialis Doc , Engineer seperti , ayah , akak sulung , abang kedua , akak ketiga aku ... Tapi yang malangnya semua yang aku minat tidak langsung membenarkan seorang BUTA WARNA mencuburi bidang tersebut . Sebab tu aku stress , malas nak study , malas fikir pasal aliran apa yang aku bakal dapat untuk form 4 ni .

Setelah dibebel dan diceramah oleh my friend , dia ckp pasal KELUARGA , mak bapak akan sedih kalau markah aku teruk , mak bapak sedih its srsly mean aku ANAK DERHAKA , then dia cerita pasal masa depan , pilihan kerja yang berlambak orang tak tahu dan lumayan gajinya , rumah besar , kereta mewah , keluarga serba lengkap . Dan yang paling penting dapat membantu orang susah . 

So dari 3 HARI SEBELUM PT3 , ...... aku ulang , 3 HARI !!!!!!!!! . Aku start study semua mata pelajaran sehabis baik , boleh dikatakan aku telah melaksanakan kaedah STUDY LAST MINUTE , hahaha . 

So harini , iaitu hari keputusan PT3 , aku telah pun mendapat 5A , Alhamdulillah , Yang lain tu usah disebut , biar kekal rahsia dan yang pasti tiada gagal , sekali lagi ALHAMDULILLAH , sebab kelas pertama pun ramai yang gagal sains ,math . Alhamdulillah lagi Math aku A , dan Sains aku E [tak gagal]. Sains aku rasa aku dah buat yang terbaik , tapi tak risau , sebab dalam malaysia hanya 80 orang sahaja yang dapat A termasuk saudara aku .

Tahniah kepada saudara perempuan yang cukup aku jeles dari dulu lagi , dapat 10A 1B, termasuk bahasa arab. Rezeki masing-masing , hehehe .

Dan kini , aku sudah mula mengkaji mengenai ilmu ilmu bisnes , aku menjadikan SYED MOKHTAR AL BUKHARY sebagai IDOLA aku , beliau merupakan orang melayu yang ke ............ aku tak tahu keberapa .. TERKAYA DI ASIA , dia bukan orang senang , dia tak dapat menduduki peperiksaan SPM oleh kerana kesempitan wang , Jadi dia BERUSAHA  , BERUSAHA , DAN BERUSAHA , sehingga BERJAYA .

Beliau memegang moto hidup iaitu , "pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras." 

Sebelum aku mencuburi alam bisnes ni , aku perlu belajar bersungguh-sungguh dulu untuk mendapat kerja tetap , jadi kalau aku bangkrap ke apa , still ada kerja yang boleh sokong bisnes aku .

Sedikit sebanyak , moga dapat mangfaat apabila membaca entry kali ni , insyallah . ^^ BYE !!!!!!

Krinkes Decor PERSONAL USE

Ahad, Disember 21, 2014

Result PT3 Yo !!


Assalamualaikum readers , memang dah lama tak update blog , jadi boleh baca tajuk dekat atas , pasal RESULT PT3 , masa UPSR dulu aku tidaklah segelabah sekarang , tapi PT3 ni sangat dan amat mendebarkan hati aku , almaklumlah aku nak kelas sains , kalau result hampeh nak sains pebende , tak gitu cik kiah ?

So esok merupakan hari yang aku taknak tunggu tunggu T..T (lol) . Hati ni , cuak dia mcm jantung ditekan-tekan seolah ada Lisa Surihani tekan dada buat CPR , sesak nafas pulak seolah berada di bulan yang mana tiada oksigen , HALAMAK , OVER SIA AKU !! bahahahaha .

And so , disebabkan entry kali ni kurang menarik [ pernah ke entry aku yang menarik ] lol , haha so aku akan buat entry bersambung , aku akan sharing mering result aku dkt rakyat jelata ni esok , haha

Di Twitter kecoh , HAKAK , HABANG senior yang kutuk adik adik junior yang menduduki PT3 ni , sejujurnya ckp , untuk dibandingkan PT3 ni dgn PMR , lebih kurang je sebenarnya , kalau senang , baik tak payah buat periksa , right ?

Yang junior junior duk kecoh PT3 susah ni sebab , korang tahu tak ??? sistem peperiksaan berubah berubah , lagi seminggu nak peperiksaan baru cikgu kumpulkan murid bagitau bentuk soalan . ITU PUN ada yang tak lengkap T..T . Macam soalan untuk peperiksaan agama kiteorg , baca buku dan anggap soalan mcm biasa je , RUPANYA , 1 jam sebelum periksa baru cikgu bagitau , yang soalan agama memang padat , mantapp dengan soalan soalan KBAT .

Time dapat tahu tu , sejujurnya aku hanya buat muka blurr dan redha , nak baca HAPER ? dah tak sempat dah , jadi chilll , redah segala rintangan lautan api , pagar berduri , lantai berkaca , haha .

So esok lepas aku dapat result , aku akan cuba untuk kongsikan , jadi ... TUNGGU . ^^  BYE





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar