Isnin, Disember 22, 2014

Result PT3 Alhamdulillah , Study Last Minute

Assalamualaikum readers ,

Seperti yang kononnya dinantikan oleh korang semua , result PT3 aku -_- hahaha , aku akan ceritakan pengalaman aku dahulu . 

3 hari sebelum peperiksaan PT3 .......

Okay , oleh sebab stress yang teramat , galakkan rakan sebaya , syaitan syaitan yang tak putus putus menghasut aku supaya tak payah STUDY .. Idk why , hati aku rasa mcm dah malas belajar , tak kisah pasal PT3 , dengan sistem serabutnya .

Aku pun relex jee , lagi sebulan , lagi seminggu , lagi 3 hari baru lah aku pergi contact member girl aku yang bernama Nur Aisyah Abu , aku SANGAT SANGAT SANGAT berterima kasih dkt dia sbb dah tolong menaikkan semangat aku.

Aku malas untuk study ada satu sebab , sebabnya adalah aku seorang rabun warna yang tidak kronik , aku masih boleh kenal semua warna , cuma warna yang aku lihat tidak sama dengan warna yang korang lihat dan berkemungkinan mata aku telah mencipta warna yang tak pernah wujud ni dunia sebelum ni . HAHA , HEBAT KAN AKU ? hahaha

So , aku nak jadi Doc Haiwan , Speacialis Doc , Engineer seperti , ayah , akak sulung , abang kedua , akak ketiga aku ... Tapi yang malangnya semua yang aku minat tidak langsung membenarkan seorang BUTA WARNA mencuburi bidang tersebut . Sebab tu aku stress , malas nak study , malas fikir pasal aliran apa yang aku bakal dapat untuk form 4 ni .

Setelah dibebel dan diceramah oleh my friend , dia ckp pasal KELUARGA , mak bapak akan sedih kalau markah aku teruk , mak bapak sedih its srsly mean aku ANAK DERHAKA , then dia cerita pasal masa depan , pilihan kerja yang berlambak orang tak tahu dan lumayan gajinya , rumah besar , kereta mewah , keluarga serba lengkap . Dan yang paling penting dapat membantu orang susah . 

So dari 3 HARI SEBELUM PT3 , ...... aku ulang , 3 HARI !!!!!!!!! . Aku start study semua mata pelajaran sehabis baik , boleh dikatakan aku telah melaksanakan kaedah STUDY LAST MINUTE , hahaha . 

So harini , iaitu hari keputusan PT3 , aku telah pun mendapat 5A , Alhamdulillah , Yang lain tu usah disebut , biar kekal rahsia dan yang pasti tiada gagal , sekali lagi ALHAMDULILLAH , sebab kelas pertama pun ramai yang gagal sains ,math . Alhamdulillah lagi Math aku A , dan Sains aku E [tak gagal]. Sains aku rasa aku dah buat yang terbaik , tapi tak risau , sebab dalam malaysia hanya 80 orang sahaja yang dapat A termasuk saudara aku .

Tahniah kepada saudara perempuan yang cukup aku jeles dari dulu lagi , dapat 10A 1B, termasuk bahasa arab. Rezeki masing-masing , hehehe .

Dan kini , aku sudah mula mengkaji mengenai ilmu ilmu bisnes , aku menjadikan SYED MOKHTAR AL BUKHARY sebagai IDOLA aku , beliau merupakan orang melayu yang ke ............ aku tak tahu keberapa .. TERKAYA DI ASIA , dia bukan orang senang , dia tak dapat menduduki peperiksaan SPM oleh kerana kesempitan wang , Jadi dia BERUSAHA  , BERUSAHA , DAN BERUSAHA , sehingga BERJAYA .

Beliau memegang moto hidup iaitu , "pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras." 

Sebelum aku mencuburi alam bisnes ni , aku perlu belajar bersungguh-sungguh dulu untuk mendapat kerja tetap , jadi kalau aku bangkrap ke apa , still ada kerja yang boleh sokong bisnes aku .

Sedikit sebanyak , moga dapat mangfaat apabila membaca entry kali ni , insyallah . ^^ BYE !!!!!!

Krinkes Decor PERSONAL USE

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar