Selasa, Disember 23, 2014

Sistem PBS Yang Mengarut


Assalamualaikum readers ,

Saya bukan nak meluahkan perasaan yang pernah terjadi sendiri dekat diri saya , tapi saya rasa saya perlu mengkongsikan , bahawa sistem PBS amat merepek .

Jika dulu , apabila disoal kenapa wujudnya PBS , guru-guru akan menjawab , oleh kerana peperiksaan seperti UPSR , PMR dan SPM tidak adil . Kenapa tidak adil ? katanya bahawa sebagai contoh murid yang cermelang dan ingin menduduki peperiksaan besar , dan dalam masa yang sama dia kehilangan ibu, bapa dan sebagainya , kononnya ia tidak adil kerana pelajar tersebut tidak boleh menumpukan perhatian 100% terhadap peperiksaan .

Dan kononnya , kemalangan dan sebagainya , tidak dpt menduduki peperiksaan laa , dan mcm mcm lagi . Jadi bila nak dibandingkan dengan sistem PBS sekarang amat berlawanan dengan apa yang disebut guru-guru , sebab apa ? Kononnya PBS menilai pelajar setiap hari , bukan tertumpu pada suatu tarikh peperiksaan sahaja , jadi , guru-guru yang sibuk membuat PBS , tidak membenarkan pelajar tidak hadir ke sekolah , sebab apa ? sebab guru malas untuk membuat PBS kali kedua dan sebagainya , jadi bukankah sama sahaja ?

Lagi mengecewakan seorang pelajar , apabila mereka tidak dapat mengulangi PBS oleh kerana tidak dapat hadir oleh sebab mempunyai urusan penting , walaupun memiliki surat hospital .Jadi disini , sistem PBS tidak dijalankan dengan baik.

Band , jika ada seorang pelajar yang agak nakal , dan pandai akademiknya , walaupun mereka membuat PBS dengan jayanya , tetapi guru tidak memberikan band yang SEPATUTNYA kepada mereka , hanya disebabkan TIDAK SUKA. Dan ada pelajar yang biasa biasa sahaja akedemiknya dan baik hati , cikgu tumus lumus membantu mereka untuk mendapatkan keputusan Band PBS yang baik .

Jadi persoalnya , adakah masa depan pelajar terletak pada kemahiran otak ? ATAUPUN terletak pada layanan seorang guru ?

Ini bukanlah perkara yang tidak perlu diambil berat , ini adalah untuk masa depan NEGARA , MALAYSIA , kita mahu meletakkan orang yang berkemahiran di bawah dan orang yang serba kekurangan di atas ? BILA MAU MAJU MALAYSIA ? Mari kita fikirkan .

Guru tidak seharusnya menggabungkan kelakuan dan kepandaian pada keputusan PBS , PBS seharusnya diisi dengan kemampuan pelajar itu sendiri , dan kelakuan pelajar sendiri bukan hukumannya merendahkan Band PBS !! , kalau semua guru membuat kaedah ini , habis apa FUNGSI guru-guru disiplin ? KAD DEMERIT ??? guru seharusnya pandai membezakan pelajaran dan kelakuan , kelakuan pelajar harus dihukum dengan peraturan sekolah tersendiri , bukan merendahkan Band PBS pelajar .

Ada satu cerita yang didengar oleh saya sendiri , diceritakan oleh orang politik sendri secara 'personal'. Saya tidak menjamin kisah yang saya dengarkan adalah benar dan sahih , tetapi biarlah cukup sebagai satu perkongsian ,

Orang tersebut mencerikatan kepada saya sendiri bahawa sistem pelajaran yang berubah-rubah oleh kerana kerajaan mahu menaiktarafkan pendidikan rakyat Malaysia . Pada suatu masa dahulu , pendidikan korea merupakan yang tercurut , tiba-tiba Korea dapat memajukan pendidikan negara mereka dan kini merupakan negara yang teratas . Kerajaan Malaysia muskil akan ini dan pergi melawat Korea sendiri dan mahu dikongsikan tips , bagaimana boleh maju dengan mendadak ? . Dan orang Korea tersebut hanya menjawab , mereka menggunakan sistem Pelajaran Malaysia dahulu kala .

Itu saja yang dapat dikongsikan pada harini , Yang baik semua datang dari Allah , yang buruk semua dari saya , tersilap kata ataupun terguris hati saya meminta maaf , hanya sebagai pengkongsian , BYE .... :)
Krinkes Decor PERSONAL USE

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar