Sabtu, Januari 31, 2015

Kejutan Budaya - Aliran Sains - Kawan baru

Assalamualaikum readers !!


Heyy , topik perbincangan hari ini adalah kejutan budaya ,kawan baru dan aliran sains . cehh , hahaha . Takde lah kejutan budaya , saja je kasi gempak hahaha . Masuk SMK Serendah masa awal tahun . Dengan result 5A dalam PT3 sahaja , aku ditempatkan ke kelas pertama dalam.  Kira jap , viva , saga , wira , waja , perdana , inspira , kembara , persona , satria , bla bla . dalam 10 kelas gituhh . Sebelum ni aku kelas 1 perdana , naik 2 wira , stay wira sampai tingkatan 3 dan 4 viva . 4 viva sah sah kelas sains . Kawan rapat aku ramai dapat kelas saga . Jadi aku di kelas viva agak hambar , yelahh takde kawan sangat . Ada pun yang gila gila dkt media sosial tapi dlm kelas krik krik.

2,3 hari aku agak hambar , duduk seorangan , aku perasan , ramai budak lelaki yang cuba mengajak aku lepak dgn group diaorg , tapi aku tanak la rosakkan suasana harmoni dieorg , gituh hahaha . Then hari demi hari aku makin rapat dengan dieorg . Taklah teruk sangat sebenarnya , memang lah niat utama aku nak belajar kejar cita-cita setinggi gunung , tapi dalam masa yang sama kene ada kawan , yang boleh buat hidup dlm kelas tidak terlalu membosankan . hari pertama dan kedua aku masuk kelas yang agak bijak tu , aku selalu tidur , sbb tak tahu nak buat apa , keluarkan buku nota , cak cak baca nota, belek belek jadual , padahal tak penting pun nak tgk buat masa tu . Dan yang paling aku terfikir dkt benak aku , aku lah yang terbodo kurang bijak antara semua anak permata pintar tu .

Yelah , aku dah la tak pandai sangat berspeaking bi ni .Sekadar mengarut dengan tatabahasa merepek mcm kerepek boleh la . Time cikgu bi ckp ada public speaking spontan , aku lah manusia paling gelabah karang ayat siap siap dalam kertas . siap belek belek kamus . Pelajar lain selamba je dengan spontan keluarkan ayat mat saleh bagaikan air mengalir . Ouh shitttt ! haha , and bende paling melegakan , yaa aku tak kene buat . hahahahaha . Aku rasa bende ni bagus untuk aku , yelah kalau aku dikelas bwh , sampai kiamat level bi aku tak naik naik dan terus menerus noob . haha .

Aliran sains , aku memula nak ambil akaun je , tapi keluarga nak aku ammil sains , cikgu pulak ckp aliran sains banyak peluang kejaya , yyelah , aliran sains nak kerja akaun boleh , aliran akaun nak kerja bahagian sains tak boleh , terbukti cabang pekerjaan luas meluas mcm dahi aku . Subjek pun insyallah aku akan tempuh dengan jayanya . har har har . haha

Kawan baru , yey , hahaha , ada lah mamat ni , aku ingatkan dia ni dari sekolah agama , sbb dia muka baik , putih , jambu , tinggi , berlengan panjang . hahaha , rupanya tidak , selepas aku sportingkan diri menegur dia masa terserempak dkt luar sekolah . Rupanya dia dulu bersekolah di SMK Darul Ehsan di Selayang . aku selalu jgk lalu sekolah tu . Paling unik is , nama dia REDHA . hahaha , dia ckp dia selalu kene bahan . dgn cikgu semua sbb nama dia . Aku pun apa kurangnya , Aaizaatt , lagi unikk . agaggaga . Dia rupanya diam diam ubi berisi wooo , rupanya dia tu captain bola sepak dkt sekolah lama dia , jgn pandang sebelah mata woo . hahaha , then dia jenis yang kind person , baik , haha . Peminat kucing ,yeahh ada geng . haha .

Sorry guys sebab dah lama gila tak update blog , almaklumlah sibuk dengan sekolah , Form 4 bukan honeymoon bla bla bla ..ahahha . see yaa
Krinkes Decor PERSONAL USE

Ahad, Januari 25, 2015

Ammar Haziq Azlan - Entry Sedih

Assalamualaikum readers .

Harini tepat pukul 10 aku relakan mata aku tgk kau melambai dalam kereta , semakin jauh dan kabur , kabur , kaburr .. cehh hahaha . Sebelum tu aku nak cakap igttak masa sk serendah dulu dulu ? kita join boria pengakap , berlatih punyalah gigih sampai ketiak masam , bila persembahan org lain semua gempak2 , persembahan kita last so lagi gempak , kita dapat no.1 hahahaha . Then dari situ kau dah kabur sikit dari hidup aku .

Masuk smk serendah , aku tak seberapa rapat sangat dgn kau , time aku bertugas pss cikgu salamah suruh tutup borang ahli baru pengawas pusat sumber sbb dah penuh . So aku tutup la , bila kau dgn halim sampai pss , mintak borang dgn kereknya aku ckp dah penuh , lepastu tetiba cikgu keluar dan ckp still ada peluang bla bla bla . Muka kau dgn halim paling kerek dkt dunia aku pernah tgk masatu -_- , lepastu sekelas 1 perdana , boleh tahan rapat katako ,

Then sekelas lagi 2 wira . time tu aku nak pindah Serendah Utama , aku dah bayangkan rumah aku tak akan dkt dgn rumah ammar ,mesti jauh sikit , bila dah pindah katako , sebelah rumah dia je kot , happy gila . hahaha, rapat la gak sampai masuk TRESS semua , kene anti dgn cikgu mcm dah lali je , sbb nak sangat TRESS SMK SERENDAH menang kot , bila nak ke tempat penyampaian hadiah dpt tahu yang kita tak boleh pergi sbb kita hanya sukerelawan , fakk hahaha , aisyah alisa pujuk memujuk , last2 dapat , yeeyyy , lepastu dlm bas , menggila je , aisyah alisa pulak tak habis dgn pakcik driver bas tu , muka penjahat katanya xD , sampai pakcik tu kasi karipap pun dia ckp ada santau pebende hahahah . Lepastu kes dalam surau , perghhhhhhhhh kenangan sia , tak leh lupakan hahaha , dimerit belambak gila time tu , aku punyalah cari seribu alasan dkt cikgu roy , kau selamba je ckp "Aizat , jujur jelah , jgn tipu"  *pappppp* kene sebat dgn cikgu sbb menipu , sakit hati dooo .haha . Kononnya nak study , alasan paling menyejuk hati mak bapak , aku kasi sbb nak tidur rumah ammar , masuk bilik ammar , bukak buku  , tetiba cicak ckp kiteorg blur dan nerd . Kiteorg terus bukak movie , layan movie dlm lappy dia , ada movie robot hahahahahhaha xD , dalam kelas bukak buku bi tergelak gelak do hahaha . Pergi rawang semata beli pou , kaki kau tersepit dkt pintu ktm , lepastu ponteng sekolah -_- ahahaha .

Lepastu sekelas lagi , 3 wira , kelas paling hotss dgn kebisingan yang melampau , sampai pengetua masuk kelas 2,3 kali la bla bla bla . rasanya masuk form 3 lah kita aktif qasedah serendah utama en , punyalah kerek buat persembahan , mulut berzikir dgn alunan merdu , mata perhati je awek yg lalu . hahahha , dalam suka , banyak gak duka , gaduh tu perkara biasa , sedangkan lidah tergigit , inikan jiran , aku gigit telinga  dia , hahaha . Bende paling best adalah bila karok dgn halim, shera , adila , semua . Orang karok happy happy , tapi kiteorg karok sampai bergaduh hahaha xD

Tak sekelas dah bila dah form 4 , masa form 3 aku dah tak sedap badan dah bila kau ckp nak sangat mohon vokay teknologi marin , maafkan aku , sbb masatu aku doakan kau tak dapat , hahahahahha , tapi doa aku tak makbul , maybe sbb tak cukup solat 5 waktu plus solat hajat kot , hahaha , joke , tapi sakitnya hati , kau dapatt tawaran temuduga , shaiittt je dalam hati aku , aku cakcak cool , oh yeke ammar ? kau dpt temuduga ? ouh alhamdulillah lah ... Nampak tak penipuan tu ? hahaha , lepastu dpt tahu kau dapat tawaran , TERENGGANU LA SIOTT  , haih , still cak cak cool , buat mcm takde apa apa je . hahaha

Harini , aku bangun tidur terus gi panggil dia dkt rumah , kononnya perjumpaan terakhir cehh , sedih la gak, tapu la kalau tak rasa nak nangis , tapi tahan je , haha . Dapat la snap beberapa gamba dgn kau , cehh .


      



Terangsang ? hahaha , insta dia @ammar_haxiq yaww . ok sampai situ jelah . hahahahahah

Krinkes Decor PERSONAL USE

Selasa, Januari 20, 2015

Karangan Bahasa Melayu - Punca/Penyelesaian Banjir




Di Gua Musang , Kelantan iaitu tempat tinggal aku telah dinaiki air . Semasa air sedang naik , aku sedang tidur di ruang tamu bersama adikku . Aku terkejut dan tergamam melihat rumahku dinaiki air setelah dikejut adik . Setelah terperangkap dan terputus bekalan makanan , kami telah diselamatkan dan dipindahkan ke Sekolah Menegah Maahad Muhammadi Gua Musang . Kami sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting . Dalam beberapa hari , pusat pemindahan tersebut ditenggelami air . Kami terpaksa dipindahkan ke pusat permindahan yang lebih selamat . Kami dibekalkan dengan pelbagai barang keperluan oleh pihak kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan pakaian.

Aku terfikir akan punca berlakunya banjir tersebut , segala masalah yang menimpa mesti mempunyai sebab . Faktor utama yang terdekat adalah penerokaan hutan simpan di Kelantan dan Pahang  . Pembalakkan haram di Kelantan seakan tiada undang-undang , dek kerana jabatan yang berkuasa tidak bertindak kepada pembalak setimpal atas kesalahan mereka  . Jadi pembalak tersebut tidak takut akan tindakan berkuasa dan meneruskan aktiviti haram tersebut . Aktiviti tersebut menyebabkan air hujan naik dengan cepat dan berlakunya banjir .

Selain itu , sistem perparitan yang kurang sistematik juga merupakan  masalah banjir di Malaysia. Longkang, parit, tali air dan sungai yang terdapat di Malaysia tidak diselenggara dengan berkesan dan menyeluruh.  Sebagai contoh, longkang di Kemaman, Terengganu tidak diselenggara dengan baik. Lorong air yang tersumbat tidak dibaiki, sampah yang terkumpul di dalam longkang dibiarkan begitu sahaja. Longkang yang dibina sangat kecil berbanding jumlah bagunan yang ada.

Selain daripada itu , aku yakin dan pasti bahawa punca yang seharusnya diselesaikan adalah masyarakat yang memandang enteng tentang sampah sarap . Membuang sampah merata-rata sehingga tersumbatnya longkang . Apabila longkang tersumbat , air tidak dapat dilalui dengan baik , ini juga punca berlakunya banjir dalam kita tidak sedar sebenarnya .

Perubahan angin mohsun yang tidak stabil juga punca berlakunya banjir . Ianya dinamakan banjir monsun , dimana terjadi apabila musim banjir berlaku akibat daripada pegerakan angin yang membawa hujan. banjir ini lebih di khususkan di kawasan malaysia kerana mempunyai angin monsun yang berlaku pada bulan tengkujuh iaitu diantara bulan 9 hingga bulan 2. banjir monsun ini berlaku di kawasan tertentu sajaha seperti di kawasan pantai timur semenanjung malaysia iaitu Pahang,Kelantan,Terengganu dan juga sabah dan serawak. Kita boleh lihat , banjir yang menimpa sekarang juga diantara bulan 9 hingga bulan 2 . Jadi sudah terang lagi bersuluh ia angin mohsun juga merupakan puncanya .

Daripada semua punca-punca berlakunya banjir tersebut , kita seharusnya memikirkan penyelesaian bagi masalah agar pisang tidak berbuah kali kedua . Antara penyelesaiannya ialah dengan penguatkuasa undang-undang . Pihak berkuasa seharusnya memberi tindakkan yang sewajarnya kepada pembalak haram . Selain itu , kerajaan perlu menaiktarafkan sistem saliran agar air dapat dilalui dengan baik dan secara tidak langsung peratusan berlakunya banjir dapat dikurangkan . Seterusnya , aku menyokong akan aktiviti-aktiviti seperti program kitar semula . Dengan ini kita dapat melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan dapat mengeratkan lagi wasilah antara kaum dalam program tersebut .


Dalam beberapa hari , air banjir telah semakin surut . Kami dibenarkan pulang ke rumah untuk membersihkan rumah masing-masing  . Aku tercengang-cengang kerana hairan , bagaimana untuk membersihkan lumpuh yang setebal buku kamus dewan bahasa . Kami membersihkan dengan perasaan sayu kerana melihat rumah kediaman kami kotor dan berselerak . Tapi , dengan adanya bantuan pasukan sukarelawan dari pelbagai negeri dan pelbagai bangsa dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir . Aku boleh lihat semangat perpaduan yang terjalin semasa berlakunya bencana tersebut , kaum wanita saling membantu bagi penyediakan makanan di pusat pemindahan , kaum lelaki pula saling membantu mengalihkan barang bantuan . Betul kata orang , ada hikmah disebalik dugaan . 
Krinkes Decor PERSONAL USE

Sabtu, Januari 03, 2015

Kerja Sambilan Cuti Sekolah

Assalamualaikum readers yang dihormati lagi disayangi ,

Harini aku nak kongsikan pegalaman kerja sambilan aku semasa waktu cuti sekolah ni . Pada mulanya aku nak kerja di kedai makan nasi ayam yang berdekatan dkt area rumah aku , sbb ramai ckp gaji tinggi , kerja dari tengah hari sampai petang je . Tapi malangnya sudah penuh . Jadi aku dengan Azizi pergi cari kerja naik moto , haha , yang kelakarnya , baru satu kedai tanya ada job ke idok , dah balik rumah sbb putus harapan , siott haha .

Sebenarnya sebelum aku nak cari kerja dengan Azizi , aku rahsiakan dari ayah aku . Masa nak mencari tu aku ckp dkt ayah aku nak keluar je , bila Azizi datang rumah aku . Adesh ayah aku dkt luar , lepastu Azizi terkantoikan . Ayah aku masuk rumah sengeh sengeh dkt aku , haihh .


Lepatu try la cari cari kerja sambilan area rawang guna laman-laman web . Lupa dah laman web tu nama apa , yang pasti bila aku search , kebanyakkan dieorg mencari pekerja yang dah ada sijil SPM .

Lepas putus harapan , aku try mintak kerja dkt ayah aku . Alhamdulillah dapat habiskan 10 hari kerja dgn ayah aku dkt sepang . Ayah aku merupakan seorang Enjineer Elektrik , so kerja aku tolong tolong sikit sikit jee , maybe gaji aku 20, 50 atau 70 sehari .. sebab pekerja ayah aku yang ayah aku ambil dari budak teratai , area kawasan rumah aku dapat 50 mcm tu , kawan abg aku pulak dapat 70 . Pekerja yang profesional 100 sehari ..

Malangnya aku tak dpt lagi gaji aku, sbb ayah aku akan kasi bila kontrak sepang habis , bila habis owner kontrak tu akan kasi gaji dkt ayah aku , then baru ayah aku boleh bayar gaji aku . hikkss .

Then harini masuk hari ke-3 aku kerja di DCC Bright Clean . Pusat cucian kereta , milik ayah jiran bff aku . Ammar Haziq Azlan . Hukkk , hari pertama memang boleh tahan penat , tapi dah masuk hari kedua dah lali , caitt .hahahaha

Gaji aku maybe dalam 20 . Alhamdulillah , aku akan teruskan sampai hari ahad , maksudnya 4 hari je aku kerja , kalau aku rasa nak duit , aku kerja sana lagi . ahaha ,

Best tau shopping barang guna hasil titik peluh ketiak sendiri , sumpah best dah puas 'plus' hargai , hahaha. Kekawan yang kenal aku , tahu aku jenis tak suka meminta dkt family , aku jenis tahu susah senang family , cari duit bukan senang , sangat penat-memenatkan-terpenat-penatnya . hahaha , now aku official 16 tahun , mungkin kematangan datang pada umur aku sekarang ni , insyallah . ahahaha

That all , kalau ada story gempak lagi aku share, kalau korang baca dan comment , aku rasa dihargai. Kalau korang x baca , aku anggap je blog aku ni untuk luahan semata . hahaha xD

Krinkes Decor PERSONAL USE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar