Selasa, Januari 20, 2015

Karangan Bahasa Melayu - Punca/Penyelesaian Banjir




Di Gua Musang , Kelantan iaitu tempat tinggal aku telah dinaiki air . Semasa air sedang naik , aku sedang tidur di ruang tamu bersama adikku . Aku terkejut dan tergamam melihat rumahku dinaiki air setelah dikejut adik . Setelah terperangkap dan terputus bekalan makanan , kami telah diselamatkan dan dipindahkan ke Sekolah Menegah Maahad Muhammadi Gua Musang . Kami sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting . Dalam beberapa hari , pusat pemindahan tersebut ditenggelami air . Kami terpaksa dipindahkan ke pusat permindahan yang lebih selamat . Kami dibekalkan dengan pelbagai barang keperluan oleh pihak kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan pakaian.

Aku terfikir akan punca berlakunya banjir tersebut , segala masalah yang menimpa mesti mempunyai sebab . Faktor utama yang terdekat adalah penerokaan hutan simpan di Kelantan dan Pahang  . Pembalakkan haram di Kelantan seakan tiada undang-undang , dek kerana jabatan yang berkuasa tidak bertindak kepada pembalak setimpal atas kesalahan mereka  . Jadi pembalak tersebut tidak takut akan tindakan berkuasa dan meneruskan aktiviti haram tersebut . Aktiviti tersebut menyebabkan air hujan naik dengan cepat dan berlakunya banjir .

Selain itu , sistem perparitan yang kurang sistematik juga merupakan  masalah banjir di Malaysia. Longkang, parit, tali air dan sungai yang terdapat di Malaysia tidak diselenggara dengan berkesan dan menyeluruh.  Sebagai contoh, longkang di Kemaman, Terengganu tidak diselenggara dengan baik. Lorong air yang tersumbat tidak dibaiki, sampah yang terkumpul di dalam longkang dibiarkan begitu sahaja. Longkang yang dibina sangat kecil berbanding jumlah bagunan yang ada.

Selain daripada itu , aku yakin dan pasti bahawa punca yang seharusnya diselesaikan adalah masyarakat yang memandang enteng tentang sampah sarap . Membuang sampah merata-rata sehingga tersumbatnya longkang . Apabila longkang tersumbat , air tidak dapat dilalui dengan baik , ini juga punca berlakunya banjir dalam kita tidak sedar sebenarnya .

Perubahan angin mohsun yang tidak stabil juga punca berlakunya banjir . Ianya dinamakan banjir monsun , dimana terjadi apabila musim banjir berlaku akibat daripada pegerakan angin yang membawa hujan. banjir ini lebih di khususkan di kawasan malaysia kerana mempunyai angin monsun yang berlaku pada bulan tengkujuh iaitu diantara bulan 9 hingga bulan 2. banjir monsun ini berlaku di kawasan tertentu sajaha seperti di kawasan pantai timur semenanjung malaysia iaitu Pahang,Kelantan,Terengganu dan juga sabah dan serawak. Kita boleh lihat , banjir yang menimpa sekarang juga diantara bulan 9 hingga bulan 2 . Jadi sudah terang lagi bersuluh ia angin mohsun juga merupakan puncanya .

Daripada semua punca-punca berlakunya banjir tersebut , kita seharusnya memikirkan penyelesaian bagi masalah agar pisang tidak berbuah kali kedua . Antara penyelesaiannya ialah dengan penguatkuasa undang-undang . Pihak berkuasa seharusnya memberi tindakkan yang sewajarnya kepada pembalak haram . Selain itu , kerajaan perlu menaiktarafkan sistem saliran agar air dapat dilalui dengan baik dan secara tidak langsung peratusan berlakunya banjir dapat dikurangkan . Seterusnya , aku menyokong akan aktiviti-aktiviti seperti program kitar semula . Dengan ini kita dapat melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan dapat mengeratkan lagi wasilah antara kaum dalam program tersebut .


Dalam beberapa hari , air banjir telah semakin surut . Kami dibenarkan pulang ke rumah untuk membersihkan rumah masing-masing  . Aku tercengang-cengang kerana hairan , bagaimana untuk membersihkan lumpuh yang setebal buku kamus dewan bahasa . Kami membersihkan dengan perasaan sayu kerana melihat rumah kediaman kami kotor dan berselerak . Tapi , dengan adanya bantuan pasukan sukarelawan dari pelbagai negeri dan pelbagai bangsa dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir . Aku boleh lihat semangat perpaduan yang terjalin semasa berlakunya bencana tersebut , kaum wanita saling membantu bagi penyediakan makanan di pusat pemindahan , kaum lelaki pula saling membantu mengalihkan barang bantuan . Betul kata orang , ada hikmah disebalik dugaan . 
Krinkes Decor PERSONAL USE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar