Sabtu, Januari 31, 2015

Kejutan Budaya - Aliran Sains - Kawan baru

Assalamualaikum readers !!


Heyy , topik perbincangan hari ini adalah kejutan budaya ,kawan baru dan aliran sains . cehh , hahaha . Takde lah kejutan budaya , saja je kasi gempak hahaha . Masuk SMK Serendah masa awal tahun . Dengan result 5A dalam PT3 sahaja , aku ditempatkan ke kelas pertama dalam.  Kira jap , viva , saga , wira , waja , perdana , inspira , kembara , persona , satria , bla bla . dalam 10 kelas gituhh . Sebelum ni aku kelas 1 perdana , naik 2 wira , stay wira sampai tingkatan 3 dan 4 viva . 4 viva sah sah kelas sains . Kawan rapat aku ramai dapat kelas saga . Jadi aku di kelas viva agak hambar , yelahh takde kawan sangat . Ada pun yang gila gila dkt media sosial tapi dlm kelas krik krik.

2,3 hari aku agak hambar , duduk seorangan , aku perasan , ramai budak lelaki yang cuba mengajak aku lepak dgn group diaorg , tapi aku tanak la rosakkan suasana harmoni dieorg , gituh hahaha . Then hari demi hari aku makin rapat dengan dieorg . Taklah teruk sangat sebenarnya , memang lah niat utama aku nak belajar kejar cita-cita setinggi gunung , tapi dalam masa yang sama kene ada kawan , yang boleh buat hidup dlm kelas tidak terlalu membosankan . hari pertama dan kedua aku masuk kelas yang agak bijak tu , aku selalu tidur , sbb tak tahu nak buat apa , keluarkan buku nota , cak cak baca nota, belek belek jadual , padahal tak penting pun nak tgk buat masa tu . Dan yang paling aku terfikir dkt benak aku , aku lah yang terbodo kurang bijak antara semua anak permata pintar tu .

Yelah , aku dah la tak pandai sangat berspeaking bi ni .Sekadar mengarut dengan tatabahasa merepek mcm kerepek boleh la . Time cikgu bi ckp ada public speaking spontan , aku lah manusia paling gelabah karang ayat siap siap dalam kertas . siap belek belek kamus . Pelajar lain selamba je dengan spontan keluarkan ayat mat saleh bagaikan air mengalir . Ouh shitttt ! haha , and bende paling melegakan , yaa aku tak kene buat . hahahahaha . Aku rasa bende ni bagus untuk aku , yelah kalau aku dikelas bwh , sampai kiamat level bi aku tak naik naik dan terus menerus noob . haha .

Aliran sains , aku memula nak ambil akaun je , tapi keluarga nak aku ammil sains , cikgu pulak ckp aliran sains banyak peluang kejaya , yyelah , aliran sains nak kerja akaun boleh , aliran akaun nak kerja bahagian sains tak boleh , terbukti cabang pekerjaan luas meluas mcm dahi aku . Subjek pun insyallah aku akan tempuh dengan jayanya . har har har . haha

Kawan baru , yey , hahaha , ada lah mamat ni , aku ingatkan dia ni dari sekolah agama , sbb dia muka baik , putih , jambu , tinggi , berlengan panjang . hahaha , rupanya tidak , selepas aku sportingkan diri menegur dia masa terserempak dkt luar sekolah . Rupanya dia dulu bersekolah di SMK Darul Ehsan di Selayang . aku selalu jgk lalu sekolah tu . Paling unik is , nama dia REDHA . hahaha , dia ckp dia selalu kene bahan . dgn cikgu semua sbb nama dia . Aku pun apa kurangnya , Aaizaatt , lagi unikk . agaggaga . Dia rupanya diam diam ubi berisi wooo , rupanya dia tu captain bola sepak dkt sekolah lama dia , jgn pandang sebelah mata woo . hahaha , then dia jenis yang kind person , baik , haha . Peminat kucing ,yeahh ada geng . haha .

Sorry guys sebab dah lama gila tak update blog , almaklumlah sibuk dengan sekolah , Form 4 bukan honeymoon bla bla bla ..ahahha . see yaa
Krinkes Decor PERSONAL USE

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar