Selasa, Mac 31, 2015

WhatsApp Boleh Call



Paling pelik dan sangat ganjil , balik je dari sekolah , tetiba ada orang call . Bukak phone , eh !! whatsapp boleh call ? Sangat pelik dan teruja hahahha , dan betapa terujanya lagi akak senior aku , dah lama tak bertegur sanggup call sebab teruja dengan kebolehan baru whatsapp . Dulu kalau nak call free , wechat jela , now whatsapp dah ada , lagi senang . Sebab pengguna whatsapp lagi ramai daripada pengguna wechat , jadi ada segelintir kawan yang tak guna wechat susah nak call sebab kita semua kedekut habiskan kredit haha.

Tapi ada berita yang mana pengguna IOS iaitu pengguna iphone , tak boleh upgrade call whatsapp , mungkin syarikat whatsapp tahu pengguna produk apple ni semua kaya kaya , tak payah nak free free call , kahkah . Tapi buat pengguna iphone , jangan risau , pastinya syarikat whatsapp akan berusaha untuk membebolehan call whatsapp untuk pengguna IOS . Lepas layan call daripada senior yang teruja , kita pun teruja jugak , pi call ramai kekawan aku , ramai yang jadi mangsa , hahaha . Tapi faktor internet memainkan peranan yang tersangatlah penting untuk kelancaran apabila call  . Dan kalau boleh pakai earphone semasa call ,  sama je dengan call di wechat , kalau tak pakai earphone akan terasa amat ganjil sbb kita dgr suara kita sendiri ulang ulang , hahaha .

Kalau dulu orang cakap , pabila bangunnya aplikasi whatsapp membuatkan perkhimatan mesej ringkas SMS. bagai tiada fungsinya , dek kerana boleh dikatakan semua orang mempunyai telefon pintar dan internet . Jadi bila syarikat whatsapp buat perkhidmatan free call , bye bye fungsi call yang mengenakan cass kredit hahaha . Sekarang kredit hanya dihabiskan untuk melanggan internet dan mampu kita call  , mesej dengan free sepuas-puasnya . hahaha

Sistem GST Malaysia Tidak Telus ?



Baiklah , mungkin masih ramai yang masih tidak tahu mengenai GST , kita dihebohkan dengan berita GST yang tidak telus , tidak bagus , menyusahkan rakyat dan sebagainya .

Entry ini akan memberikan pendedahan serba sedikit mengenai cukai GST Malaysia , khas untuk pelajar sekolah , remaja yang masih kabur dengan GST . Kekaburan atas kurang pendedahan ini membuatkan pelbagai tangapan negatif ataupun tangapan melulu dari pelbagai pihak .Tambahan pula , termakan dengan hasutan dakyah songsang dan terlahirlah rakyat yang haru biru . Mungkin kerapuhan sistem kerajaan untuk pendedahan cukai GST sendiri yang membuatkan masyarakat kabur , jika mahu berharap kepada iklan di TV , tidak cukup .

Apa itu GST ? 

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah.

Kenapa GST dilaksanakan kerajaan ?

Selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap perkhidmatan dan barangan yang kita beli . Cukai Jualan - 10% , Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita dan juga faktor tidak dihebohkan sebagaimana kehebohan GST. Berita baik kepada kita apabila kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja. Jadi harga barang tidak semestinya melonjak naik sehingga memimbangkan para pembeli .

GST diperkenalkan bagi memperbaiki , mempebaharui dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus.


Salah satu penipuan yang dilakokan oleh golongan peniaga tidak faham dengan sistem GST dan sengaja menjatuh kerajaan serta mengucar kacirkan pandangan persepsi masyarakat kini. 


Kadar cukai GST Malaysia membebankan rakyat ? 

Mari kita lihat , sebenarnya cukai di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2015 hanya sebanyak 6% . Sedangkan di singapura 7% manakala Indonesia , Filipina , Kemboja , Laos , Thailand , Vietnam , sebanyak 10% , adakah ia masih dikatakan membebankan rakyat sedangkan kerajaan sedang membantu menurunkan kadar cukai berbanding negara ASEAN yang lain .

Renung-renungkan , :)

Krinkes Decor PERSONAL USE

Manfaat Tidur Tengah Hari




Assalamualaikum and hye semua ! ,
Demi Cikgu Marianie , aku ambil cabaran untuk membuat pengucapan awam di khalayak ramai , iaitu pada perhimpunan sekolah , Shit !! hahahha , mimpi ngeri !! Buntu tersangatlah buntu untuk buat skirp , pemilihan tajuk , dan nebes untuk menghadap semua pelajar SMK Serendah dkt perhimpunan . Walaupun dah biasa dengan bahas ala parlimen dengan forum , tapi penonton tak seramai pelajar dkt perhimpunan weii ! hahaha , tapi takpe , aku selalunya acuh tak acuh je dengan pengucapan awam dkt perhimpunan , tapi aku nak semua org dengar pengucapan aku , penat je oden cari bahan . hahah

Tajuk yang aku ambil adalah Manfaat Tidur Tengah Hari , yang mana kawan aku Amnah dan guna tajuk ni untuk ujian lisan bm dalam kelas , disebabkan isi tajuk tu menarik , aku rasa wajar aku share ilmu ni dkt ramai orang . Banyak sebenarnya manfaat tidur tengah hari tau .Kita dihebohkan dengan berita hots ! yang mana kalau sebulan tanpa henti tidur pada waktu asar akan jadi gila !! , hahaha jadi mungkin ada yang takut dan was was untuk tidur pada waktu tengah hari , tidur pada waktu tengahhari mempunyai kelebihan yang teramat banyak sebenarnya .

Sebenarnya dalam islam sendiri menggalakkan umatnya melelapkan mata seketika iaitu dalam jangka masa 10 hingga 20 minit selepas menunaikan solat zohor . Tambahan lagi tidur lepas zohor yang mana tergolong antara waktu tengahhari ini merupakan perbuatan sunat . Sunat maknanya berpahala kepada sesiapa yang menunaikan kerana ia merupakan amalan Nabi Muhammad SAW dan para sahabar baginda.

TIDUR QAITULAH :

Apa itu qaitulah ? eh aku pulak tanya korang , hahaha . Tidur tengahhari ini dipanggil sebagai qaitulah dengan bahasa arab , manakala golongan barat memanggil qaitulah ataupun tidur tengahhari ini sebagai nap . Di negara barat , selalunya nap dilakukan sekitar pukul 2 hingga 4 petang . Selain itu hasil kajian mengatakan bahawa amalan nap mampu mengelakkan daripada penyakit jantung.

KELEBIHAN QAITULAH :

Menurut kajian , seminit qaitulah ni bersamaan dengan 45 minit kita tidur pada waktu malam , sangat bernilai . Jadi 10 hingga 20 minit kita lelapkan mata masa tengahhari sudah memadai . Pada sebelah malam pula , kita boleh bangun untuk mengulangkaji pelajaran ataupun solat pada waktu malam tanpa rasa penat dan mengantuk . Maknanya disini , tujuan qaitulah adalah untuk memastikan umatnya mampu beramal ibadat pada waktu malam dengan kusyuk .

Seterusnya , tidur sejenak ni mampu membuatkan badan kita mendapat rehat yang secukupnya sehingga membolehkan kita melakukan pelbagai aktiviti harian dengan sempurna.

Menurut kajian lagi , sebenarnya manusia perlu berehat setelah 6 hingga 8 jam berjaga . Sebagai umat islam lazimnya kita akan bangun seawal 5:30 pagi untuk menunaikan solat subuh , jadi kalau kita berjaga sehingga tengahhari , sudah dalam lingkungan 6 hingga 8 jam kita telah berjaga , jadi watu tengahhari ini merupakan waktu yang teramat wajar untuk kita berehat.

Bagi mereka yang konsisten dengan tidur tengahhari ini , yelahkan , siapa tak suka tidur kan ? hahaha . Bila korang bangun , korang akan terasa sedikit pening dalam 5 hingga 10 minit.  Namun selepas itu , korang akan mendapati perubahan yang mendadak dari segi emosi , kecerdasan , dan lebih fokus serta meningkatkan produktiviti.

Dalam kajian pakar juga , tidur tengah hari ini ataupun sebagai qaitulah , ataupun nap , hahaha mampu mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 30% serta dapat membantu dalam masalah pening kepala dan migraine.

Kesimpulannya , sudah terang lagi bersuluh , cerlang terangan hahaha , bahawa tidur tengahhari ni patut dijadikan amalan disamping dapat memperoleh kekayaan faedahnya , kita mampu memperoleh pahala , menyelam minum air katakan , hahaha . Kajian pakar pun telah membuktikan bahawa betapa pentingnya -tidur sejenak ini . Jadi , renung-renungkan , Byeee !

Krinkes Decor PERSONAL USE

Sabtu, Mac 21, 2015

Tips Meningkatkan Follower/Like Di Instagram



Mula buat insta August 2014 - March 2015.  Usia ig aku baru 7 bulan.

Assalamualaikum and hi readers ! 
Harini sempena followers instagram aizat cecah 3 ribu , aizat nak share tips untuk korang . 3 ribu tu takdelah banyak sangat , tapi kalau diikutkan tips aizat , kalau korang gigih dan bertahan , mana tahu 300 ribu ? siapa tahu ? hahaha . Bukan nak banyak followers untuk kejar hot kejar populariti , tapi cuba korang fikir sendiri , kalau korang gigih upload beribu gamba kenangan korang , tapi sorang je yang like gamba kau , kau tak rasa ke fungsi instagram bagai hak tuih ? kann ? Jadi , biarlah kenangan korang , gamba-gamba yang korang anggap istimewa tu , dilihat ramai orang , baru rasa puas dan berbaloi diupload, tak gittu ? haha

Okay berbalik kepada tujuan utama entry ini , Tips Meningkatkan Followers/Like Di Instagram :

1 . Rajin like gamba .
Baiklah , aizat percaya , ramai orang yang follow insta kawan/kenalan dia , tapi tak like gamba . Haaa ? tak mengaku ?? kalau macam tu , kenapa ada orang followers dia 1000 , tapi like dkt gamba dieorg hanya 60 ? Hanya 6% kot yang like. Okay ni bukan GST , hahaha . Bila korang like gamba kawan korang , automatik nama korang akan terpapar dekat noty phone dieorag , jadi dieorg berkemungkinan besar akan follow/like korang . Jadi lebih banyak gamba yang korang like , lagi banyak lah kemungkinan follower/like korang meningkat.

2. Rajin komen 
Haa , ini juga satu tips yang baik , bila korang komen , cth "uishhhh" , "gempak do gamba kau" ,"flawless gila do" , korang akan terdedah dengan followers pemilik gamba tersebut . Jadi kemungkinan besar juga followers kawan kau tu follow insta korang . So lagi banyak followers pemilik gamba yang korang komen tu , lebih banyak dedahan yang korang boleh dapat . cth , korang komen la dkt gamba artis artis , kalau tak boleh datangkan followers yang ramai , takdelah orang meniaga online sibuk komen "visit my ig untuk kurus/tinggi/gemuk" tu dkt ig ig artis kita . 

3. Gamba profile menarik
Bila gamba profile korang menarik , cute , encem , lawa , cun dan sebagainya. Bila orang yang nampak korang punya ig , hasil daripada like/komen korang yang aku ajarkan tu , dieorg akan tertarik untuk follow korang , lagi-lagi kalau korang punya gamba di insta semua smart taraf pro . Kalau rasa gamba yang korang upload tu berkualiti rendah , better korang private kan insta korang , ini akan menimbulkan perasaan kurang senang bagi yang melihat gamba profile cun meletops korang tu , diaorg nak tgk muka korang yang cun tu lagi banyak , tapi private , so diaorg akan follow korang untuk lihat gamba insta korang , hehehe.

4. Guna hashtag
Gunalah pelbagai hashtag yang korang nak , lagi banyak korang guna , lagi banyak peluang untuk orang jumpa ig korang , cth hashtag #Selfie #SelfieSunday #AkuPakaiKauPanas #SmkSerendah dan sebagainya . Simbol hashtag ini membantu untuk berkongsi gamba kita , melalui simbol hashtag yang kita gunakan tersebut. 

5. Update tempat
Sebagai cth korang pergi ke kenduri kawin saudara mara korang , ada pulak saudara korang yang cun melecun , kacak bergaya yang korang nak berkenalan , tapi segan . So sambil-sambil snap gamba masuk insta , update la tempat , cth , Rawang,Selangor . Atau guna simbol hashtag untuk update tempat , cth #KenduriSaudara #PasirPanjang #AlinLoveFahmi #RumahTokYam.  Jadi manalah tahu saudara kau tu klik tempat tu or cari by hashtag , then jumpa gamba korang , follow korang , dan jadi kenalan. Aizat sendiri dah terbukti berhasil , sbb guna hashtag #BahasAlaParlimen masa gamba berdebat , budak smk bukit sentosa 1 habis stalk sakan insta aku , serbu follow 2,3 orang.

6. Bio unsur keganasan
Takdelah ganas sangat , but , bila korang letak bio , cth "unfollowers detected" , "baik tak payah follow kalau nak unfollow , aku boleh check , sekian" . Orang yang nak unfollow korang akan rasa rugi , sbb nanti korang akan unfollow dieorg balik . So dieorg tak jadi unfollow , hahaha . Aizat tak buat kaedah ni , sbb aizat akan unfollow orang yang unfollow aizat diam-diam , malas nak tulis bio , semak , hahahaha , tapi aizat rasa teknik tu berkesan . 

Cara nak check orang unfollow kita ?
Pergi ke laman web "crowdfireapp" . Pandai-pandai lah korang belek belek , tak faham inggeris bukak kamus , malas bukak , pi google translate , hahaha .

Tu je yang dapat aku kongsikan , kalau anda rasa tips anda lagi bernas , sila share di ruangan comment dan saya akan update pada entry ini tips anda , dan sertakan credit ke blog anda , hehe :) 

Krinkes Decor PERSONAL USE

Ahad, Mac 15, 2015

Bahas Ala Parlimen Smk Serendah



Assalamualaikum and hey reader !!

Maaflah dah lama gila gila gila dan sawan tak update blog , bukan apa weii , busy dengan hal sekolah. Faham-faham la dah form 4 , sedar tak sedar tahun depan dah SPM weh !! . Aduiii , homework dia jangan disebut , memang superbbb banyak gila , hahahaha .



Tambahan pula aku masuk Bahas ala parlimen . Tahun lepas aku join sekadar menjadi pelapis a.k.a penyibuk , hahaha . Then tahun ni aku masuk pada mulanya untuk mengalas jawatan perdana menteri tanpa membuat pilihan raya , hahahha . Perdana menteri kerja dia senang sikit , hanya hafal , baca teks dengan lancar dan jelas. Ketua pembangkang pula sama je , cuma 1 bidasan hujah 1 oleh Perdana menteri . Tapi entah tiba-tiba aku dipecat untuk menjadi perdana menteri dan ditukarkan jawatan ke menteri kedua . HAHAHHAHAHAHA , malang bagi aku . sebab menteri kedua boleh dikatakan susah . Menteri kedua membidas hujah 1 oleh ketua pembangkang dan sertakan 2 hujah pihak kerajaan iaitu hujah 2 dan hujah 3 . So dah boleh agak , pihak lawan mesti fokus dkt menteri kedua untuk celahan . Glupppp !! *Telan ayaq liuq* . Pembangkang kedua pulak lagi susah , kene bidas 3 hujah pihak lawan , hujah 3 , 2 , 1 dan sertakan 2 hujah pihak pembangkang . perffffhh.

Hasil daripada undian , kami bertuah terus ke suku akhir . Dan lawan smk bukit sentosa , bertuah sekali hahaha . Sangat sengit , semua dengan pendirian yang tersendiri , daripada harus bergaduh tentang isi usul , digaduhkan pula sistem perdebatan usul dan sebagainya . agak sengit disitu . Pengalaman bagi aku . Aku dapat no berapa ??? rahsia ah beb ! hahahaha .




Dari kiri , Khalesya , Fatin , Cg Rosaida , Kak Teha , Kak Diana , Cg Rosminah , Aisyah Alisa , Hasya , Me ! hahaha . Kak teha dan diana tu senior tahun lepas , bekas debat smkserendah , datang memberi tunjuk ajar . Fatin dan Hasya , next year dah takde . Tinggal aku , Aisyah Alisa , Khaliesa jee . huh !





Next year , aku akan buat sedaya upaya , sebab dah nampak shadow dia , bayangan debat . Insyallah tahun depan aku akan buat dengan terbaik . Yang penting next year tahun terakhir aku , aku nak bawa piala kenang-kenangan johan debat , dan piala pembahas terbaik , insyallah , segalanya berjalan dengan usaha . hehehe.



Setelah penat mengusha semua pendebat dari sekolah lain berdebat , kot yang panas dibuka , dan menjadi seperti pelajar biasa , yang bisa online , main phone tanpa had . hahaha . Masa debat nak dekat , mana pegang sangat phone , fokus debat je , sebab nak harumkan nama sekolah , dan yang lagi penting , banggakan cikgu cikgu . If kalah sekalipun , kalahlah dengan bermaruah , asalkan sekolah bangga , cukup buat aku .


Sebelum tu , mari bertafakur beberapa jam untuk mengenang nasib rambut aku yang aku dah bela beberapan bulan , jodoh kami lama . Tak ramai cikgu perasan yang kiteorg bersama dan menjalinkan hubungan yang akrab . Tapi , masa nak debat , cikgu suruh aku potong untuk keselesaan berdebat , so malam sebelum hari perdebatan , aku ws si aiman untuk teman aku potong rambut , hujan-hujan , jasa aiman ku ingat . hahahha , terdesaknya sampai kedai india , aku bukan bersifat perkauman , semua tahu aku baik dengan cina dan india dkt sekolah aku , subjek sejarah , sivik , mengajar aku untuk tidak membezakan kulit dan bangsa malah agama . Tapi , tahu jelah kan , kedai potong rambut india , potongan rambut dieorg ke-overan , habis buruk rambut aku , walaupun dilayan mesra oleh pakcik tu . yang penting sekarang ni , aku dapat update blog , yehahhhh !!

Krinkes Decor PERSONAL USE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar