Selasa, Mac 31, 2015

Manfaat Tidur Tengah Hari




Assalamualaikum and hye semua ! ,
Demi Cikgu Marianie , aku ambil cabaran untuk membuat pengucapan awam di khalayak ramai , iaitu pada perhimpunan sekolah , Shit !! hahahha , mimpi ngeri !! Buntu tersangatlah buntu untuk buat skirp , pemilihan tajuk , dan nebes untuk menghadap semua pelajar SMK Serendah dkt perhimpunan . Walaupun dah biasa dengan bahas ala parlimen dengan forum , tapi penonton tak seramai pelajar dkt perhimpunan weii ! hahaha , tapi takpe , aku selalunya acuh tak acuh je dengan pengucapan awam dkt perhimpunan , tapi aku nak semua org dengar pengucapan aku , penat je oden cari bahan . hahah

Tajuk yang aku ambil adalah Manfaat Tidur Tengah Hari , yang mana kawan aku Amnah dan guna tajuk ni untuk ujian lisan bm dalam kelas , disebabkan isi tajuk tu menarik , aku rasa wajar aku share ilmu ni dkt ramai orang . Banyak sebenarnya manfaat tidur tengah hari tau .Kita dihebohkan dengan berita hots ! yang mana kalau sebulan tanpa henti tidur pada waktu asar akan jadi gila !! , hahaha jadi mungkin ada yang takut dan was was untuk tidur pada waktu tengah hari , tidur pada waktu tengahhari mempunyai kelebihan yang teramat banyak sebenarnya .

Sebenarnya dalam islam sendiri menggalakkan umatnya melelapkan mata seketika iaitu dalam jangka masa 10 hingga 20 minit selepas menunaikan solat zohor . Tambahan lagi tidur lepas zohor yang mana tergolong antara waktu tengahhari ini merupakan perbuatan sunat . Sunat maknanya berpahala kepada sesiapa yang menunaikan kerana ia merupakan amalan Nabi Muhammad SAW dan para sahabar baginda.

TIDUR QAITULAH :

Apa itu qaitulah ? eh aku pulak tanya korang , hahaha . Tidur tengahhari ini dipanggil sebagai qaitulah dengan bahasa arab , manakala golongan barat memanggil qaitulah ataupun tidur tengahhari ini sebagai nap . Di negara barat , selalunya nap dilakukan sekitar pukul 2 hingga 4 petang . Selain itu hasil kajian mengatakan bahawa amalan nap mampu mengelakkan daripada penyakit jantung.

KELEBIHAN QAITULAH :

Menurut kajian , seminit qaitulah ni bersamaan dengan 45 minit kita tidur pada waktu malam , sangat bernilai . Jadi 10 hingga 20 minit kita lelapkan mata masa tengahhari sudah memadai . Pada sebelah malam pula , kita boleh bangun untuk mengulangkaji pelajaran ataupun solat pada waktu malam tanpa rasa penat dan mengantuk . Maknanya disini , tujuan qaitulah adalah untuk memastikan umatnya mampu beramal ibadat pada waktu malam dengan kusyuk .

Seterusnya , tidur sejenak ni mampu membuatkan badan kita mendapat rehat yang secukupnya sehingga membolehkan kita melakukan pelbagai aktiviti harian dengan sempurna.

Menurut kajian lagi , sebenarnya manusia perlu berehat setelah 6 hingga 8 jam berjaga . Sebagai umat islam lazimnya kita akan bangun seawal 5:30 pagi untuk menunaikan solat subuh , jadi kalau kita berjaga sehingga tengahhari , sudah dalam lingkungan 6 hingga 8 jam kita telah berjaga , jadi watu tengahhari ini merupakan waktu yang teramat wajar untuk kita berehat.

Bagi mereka yang konsisten dengan tidur tengahhari ini , yelahkan , siapa tak suka tidur kan ? hahaha . Bila korang bangun , korang akan terasa sedikit pening dalam 5 hingga 10 minit.  Namun selepas itu , korang akan mendapati perubahan yang mendadak dari segi emosi , kecerdasan , dan lebih fokus serta meningkatkan produktiviti.

Dalam kajian pakar juga , tidur tengah hari ini ataupun sebagai qaitulah , ataupun nap , hahaha mampu mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 30% serta dapat membantu dalam masalah pening kepala dan migraine.

Kesimpulannya , sudah terang lagi bersuluh , cerlang terangan hahaha , bahawa tidur tengahhari ni patut dijadikan amalan disamping dapat memperoleh kekayaan faedahnya , kita mampu memperoleh pahala , menyelam minum air katakan , hahaha . Kajian pakar pun telah membuktikan bahawa betapa pentingnya -tidur sejenak ini . Jadi , renung-renungkan , Byeee !

Krinkes Decor PERSONAL USE

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar