Selasa, Mac 31, 2015

Sistem GST Malaysia Tidak Telus ?



Baiklah , mungkin masih ramai yang masih tidak tahu mengenai GST , kita dihebohkan dengan berita GST yang tidak telus , tidak bagus , menyusahkan rakyat dan sebagainya .

Entry ini akan memberikan pendedahan serba sedikit mengenai cukai GST Malaysia , khas untuk pelajar sekolah , remaja yang masih kabur dengan GST . Kekaburan atas kurang pendedahan ini membuatkan pelbagai tangapan negatif ataupun tangapan melulu dari pelbagai pihak .Tambahan pula , termakan dengan hasutan dakyah songsang dan terlahirlah rakyat yang haru biru . Mungkin kerapuhan sistem kerajaan untuk pendedahan cukai GST sendiri yang membuatkan masyarakat kabur , jika mahu berharap kepada iklan di TV , tidak cukup .

Apa itu GST ? 

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah.

Kenapa GST dilaksanakan kerajaan ?

Selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap perkhidmatan dan barangan yang kita beli . Cukai Jualan - 10% , Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita dan juga faktor tidak dihebohkan sebagaimana kehebohan GST. Berita baik kepada kita apabila kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja. Jadi harga barang tidak semestinya melonjak naik sehingga memimbangkan para pembeli .

GST diperkenalkan bagi memperbaiki , mempebaharui dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus.


Salah satu penipuan yang dilakokan oleh golongan peniaga tidak faham dengan sistem GST dan sengaja menjatuh kerajaan serta mengucar kacirkan pandangan persepsi masyarakat kini. 


Kadar cukai GST Malaysia membebankan rakyat ? 

Mari kita lihat , sebenarnya cukai di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2015 hanya sebanyak 6% . Sedangkan di singapura 7% manakala Indonesia , Filipina , Kemboja , Laos , Thailand , Vietnam , sebanyak 10% , adakah ia masih dikatakan membebankan rakyat sedangkan kerajaan sedang membantu menurunkan kadar cukai berbanding negara ASEAN yang lain .

Renung-renungkan , :)

Krinkes Decor PERSONAL USE

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar