Selasa, Mac 31, 2015

WhatsApp Boleh Call



Paling pelik dan sangat ganjil , balik je dari sekolah , tetiba ada orang call . Bukak phone , eh !! whatsapp boleh call ? Sangat pelik dan teruja hahahha , dan betapa terujanya lagi akak senior aku , dah lama tak bertegur sanggup call sebab teruja dengan kebolehan baru whatsapp . Dulu kalau nak call free , wechat jela , now whatsapp dah ada , lagi senang . Sebab pengguna whatsapp lagi ramai daripada pengguna wechat , jadi ada segelintir kawan yang tak guna wechat susah nak call sebab kita semua kedekut habiskan kredit haha.

Tapi ada berita yang mana pengguna IOS iaitu pengguna iphone , tak boleh upgrade call whatsapp , mungkin syarikat whatsapp tahu pengguna produk apple ni semua kaya kaya , tak payah nak free free call , kahkah . Tapi buat pengguna iphone , jangan risau , pastinya syarikat whatsapp akan berusaha untuk membebolehan call whatsapp untuk pengguna IOS . Lepas layan call daripada senior yang teruja , kita pun teruja jugak , pi call ramai kekawan aku , ramai yang jadi mangsa , hahaha . Tapi faktor internet memainkan peranan yang tersangatlah penting untuk kelancaran apabila call  . Dan kalau boleh pakai earphone semasa call ,  sama je dengan call di wechat , kalau tak pakai earphone akan terasa amat ganjil sbb kita dgr suara kita sendiri ulang ulang , hahaha .

Kalau dulu orang cakap , pabila bangunnya aplikasi whatsapp membuatkan perkhimatan mesej ringkas SMS. bagai tiada fungsinya , dek kerana boleh dikatakan semua orang mempunyai telefon pintar dan internet . Jadi bila syarikat whatsapp buat perkhidmatan free call , bye bye fungsi call yang mengenakan cass kredit hahaha . Sekarang kredit hanya dihabiskan untuk melanggan internet dan mampu kita call  , mesej dengan free sepuas-puasnya . hahaha

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar