Rabu, April 29, 2015

#BloggerTalk : Ciri-Ciri Pasangan Idaman.


Assalamualaikum .. Hai !!

Baiklah , untuk pengetahuan semua ni baru first time aizat buat #BloggerTalk , hehehe . Almaklum , aizat pun baru je dalam group SahabatBlogger ni .

Tajuk #BloggerTalk minggu ni ialah ciri-ciri pasangan idaman. Cehh , baru 16 tahun dah nak berpasangan . ceh ceh ceh . hahaha . Well namapun pasangan idaman , so antara ciri-cirinya ialah :

1. Bijak
Now isu yang sedang hangat diperkatakan mengenai peserta dewi remaja iaitu Mawar Rashid yang dikatakan Beauty without brain hanya kerana tidak tahu maksud GST , korang ni tahu ke apa itu GST ? Tak Tahuuu ?!?!?!?! . Okay Klik SIIIIINIIII   Well rasanya semua orang nak perpasangan dengan perempuan/lelaki yang bijak kan ?? tipulah kalau tidak . Even dia ditempatkan di dapur dan menjadi suri rumah sepenuh masa sekalipun , otak tersangatlah penting .

2. Tinggi
Aizat suka perempuan yang tinggi . Aizat punya tinggi sekarang 180cm , so kalau boleh nak perempuan yang tinggi dalam 170cm +. Hiiksss , Entahlah , kenapa aizat suka perempuan tinggi ni . Ala ala model maybe ? hahhaha . Aizat tak mintak banyak , kalau dapat iras iras Emma Watson jadilah . hahaha

3.Kelakar
Yeahh ! aizat ni merupakan orang yang tersangatlah kelakar dan gila , kesakaian aizat boleh dikatakan seakan pelajar PPKI yang mendapat anugerah pelajar terbaik . Terkinja-kinja , hahaha . So dalam masa yang sama aizat ni akan control gila aizat bila depan orang yang aizat tak kenal . Wahai bakal pasangan ,jadilah seperti saya ! hahaha

4. Hormat orang tua
Walaupun aizat yang jenis sakai-sakai . Aizat pandai jaga hati orang tua . So aizat nak bakal pasangan aizat pun sedemikian . SWEEEETTT !! hahaa

5.Muka lawa/comel
Ni pentinggg , kalau nak berpasangan sampai berpuluh tahun wajib lawa , hahaha . k gurau , aizat tak kisah sangat tak lawa ke , tak comel ke , asalkan faham aizat sudah . Tapi kalau dapat yang lawa dan comel, apa salahnya , kira mcm bonus la ! hahaha .

6.Solehah
Yeahh ! ini penting . Aizat nak yang solehah , tahu hukum , haram , halal semua . Taat Allah dan ibubapa . Jaga aurat . Jaga solat dan tahu batas pergaulan .

Ok itu saja kot , before nak berpasangan , ilmu kene banyak di dada . jadi . Aizat nak sambung study , 12/05/2015 dah mid year exam , wish me luck guys !!! .


Isnin, April 27, 2015

Kem Perdana ke-2 SMK Serendah 2015


" AMARAN ! ENTRY KALI NI BANYAK GUNA AYAT LEPASTU."


Assalamualaikum guys !! ,

Balik je dari kursus pemilihan tokoh nilam , terus kemas beg untuk ke kem perdana kedua . Bayangkan , hanya 30 ringgit , sangat berbaloi . Aku bawak beg yang agak besar , bwk lampu suluh , selimut, alatan mandi , baju , kain tutup mata untuk aktiviti burung hantu .

Kem tersebut dijalankan di sekolah kami je , tak gerak jauh sbb tujuan utama kem ni untuk naikkan markah koko , sbb nanti semua dapat sijil . Pada mulanya nak dirikan khemah , tapi atas faktor musim hujan , haaa now masa update entry ni pun tgh hujan . Jadi terpaksa tidur dalam kelas je .

Aktiviti pada mulanya fikir mesti membosankan , yelah , dkt sekolah ada apa je kan ? tapi rupanya jangan pandang sebelah mata , sumpah best gila !!!!!!!

First datang 7:30 Pagi , daftarkan diri dan taklimat . lepastu dibahagikan 7 kumpulan . Kumpulan kami yang ke-7 dinamakan SKIES . hahaha . Sebenarnya aku kumpulan 1 , tapi aku usha kumpulan 7 kekurangan orang , terus aku loncat hahaha . Lagipun kumpulan 7 ramai geng aku .

Lepastu pukul 9 ada makan pagi , then aktiviti ke pusat pengakap , belajar cara membuat perangkap haiwan dan perangkap burung untuk ikhtiar hidup dlm hutan , srs best ! . Lepastu pergi ke pusat bulan sabit merah untuk belajar cara mengikat tangan orang yang patah , senang dan berguna . Lepastu pergi ke pusat kadet polis untuk belajar cara tgk kompas .

Sepatutnya haritu kami hanya pergi ke 3 pusat sahaja , tapi ada cikgu paksa kami untuk pergi ke pusat dieorang iaitu pusat kadet remaja sekolah . Belajar cara buat tripot , forpot , and banyak lagi . Lepas habis pergi 4 pusat , kami lambat sampai ke dewan . Walaupun kami lambat , ada yang lebih lambat , dan mereka hanya pergi ke 3 pusat . Mereka ditolakkan markah , huihuihui hahaha . Cikgu marah kami pula sebab tak ikut arahan , sbb pergi ke 4 pusat .

Lepastu makan tgh hari dan solat zohor , lepastu sambung pergi ke pusat kadet remaja sekolah , dan buat aktiviti yang sama iaitu buat tripod dan forpod . terpaksa walaupun dah buat . Then pergi ke pusat puteri islam untuk bermain permainan . Rehat , Solat asar , minum petang . Lepastu ada aktiviti naik cerun bukit dkt bukit SMK Serendah . Satu bukit senang je naik , bukit kedua susah sikit , bukit ketiga terpaksa menggunakan bantuan tali untuk naik , lepastu jalan atas bukit dan turun bukit dengan mengelongsorkan badan . Lepastu ada lalu atas 2 besi , then merangkak atas pasir , lepas pasir merangkak atas lumpur pulak. Bau macam lembu , srs hahah.

Lepastu kene masuk dalam gelong yang diikat di atas pokok , jalan depan sikit , kene masuk dalam tayar lori yang kosong , agak sukar untuk orang yang berisi , tapi alhamdulillah senang je buat aku , lepastu lagi sekali lalu dalam gelong .

Lepas kami siap , kami perlu bersihkan diri dari lumpuh , dan pergi makan malam . Lepastu siap untuk solat magrib . Lepastu bacaan yasin dan solat isyak . Lepastu ada tazkirah . Lepas tazkirah ada minum malam dan buat aktiviti burung hantu . Lepas habis burung hantu dalam pukul 1 mcm tu , balik ke kelas dan tidur .

Sebelum tidur , cikgu nasihatkan supaya ajak member sekurangnya 2 orang untuk pergi ke tandas bila lewat malam , aku terjaga masa tidur sebab tak tahan kencing. Aku gerak member aku Halim , dan dia hanya ckp , HAAA ?? MALAS LAAA , aku gerak lagi , dia ckp , APAA ??? dan sambung tidur , aku hanya redha dan terus pergi sorang-sorang sebab tak tahan sangat , alhamdulillah takde penampakan apa apa makluk yang aneh ., hahahah .

Kami digerakkan untuk mandi dan solat subuh ,  lepastu ada program apa tah , tak igt , sbb aku tidur dalam surau dalam keadaan duduk . hahaha. Lepastu pukul 7 keluar surau dan makan pagi . Lepastu ada senam aerobik dan kene berkawad kaki di tapak perhimpunan mengikut unit berunifom . Lepastu makan tghhari dan solat zohor.

Lepas tu pergi sambung untuk ke pusat tunas puteri untuk memasak telor dan nasi , hanya menggunanan air , plastik , bekas air kotak, dan mancis , alhamdulillah kami berjaya . Dan pergi ke pusat bomba untuk belajar cara mengangkat , membentang , dan mengulung hos bomba .

Dan lepastu ada explorace , cara kami untuk pergi ke pusat persinggahan hanya menggunakan kompas dan diberikan sudut bearing. Ikut kompas dari astaka sekolah dan kompas tunjuk arah dewan , pergi ke dewan dan aktivitinya ialah mencangkung dan menanyikan lagi sekolah , lepastu kene baring dan ikat tali kasut untuk buat satu barisan yang panjang . Lepastu guna bearing lagi satu dan kompas tunjuk ke arah astaka lagi , kami diberikan tugas untuk memasak maggie dan telur hanya menggunakan mancis dan bekas tin susu . Lepastu kami gunakan bearing lagi satu dan kompas tunjuk ke arah gelanggang bola keranjang . Tugas kami untuk menjawab kuiz . Dan bearing tunjuk ke arah pondok pakguard , diberi tugas untuk buat satu bulatan besar menggunakan surat khabar . Dan lepastu pergi ke tempat pelajar PPKI untuk bermain radio karat . Lepastu ke dewan dan kami orang yang ke-2 sampai ke dewan .


Penyampaian hadiah mengikut markah kerjasama dan markah-markah semasa aktiviti , alhamdulillah kumpulan SKIES dapat nombor kedua , Hadiah dia agak besar . hehehehe . Ni lah kumpulan kami , kumpulan SKIES , nama yang agak aneh sbb tak sampai 2 minit kami berfikir untuk letak nama kumpulan. hahaha . Ketua kumpulan Halim , aku penolong Halim . Lelaki 9 orang dan perempuan 14 orang , dalam gambar perempuan 3 orang tak cukup , pergi mana tah . Walaupun kami dapat hadiah yang merupakan makanan , tapi kami juga dapat hadiah yang tak ternilai iaitu kenangan , bersahabatan , tolong-menolong . Daripada tak pernah bertegur sehinggalah rapat . Daripada tak kenal nama , sehingga kenal. Moga wasilah yang terjalin tidak putus selamanya.




Kursus Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah


Assalamualaikum semua ! ,

Memang busy gila bulan ni , maaf jarang update blog wahai blog kesayangan , hahaha .

Baiklah , pada 24.4.2015 (jumaat) yang lepas , semua calon yang layak ke peringkat daerah kena datang ke PKG SG CHOH lagi untuk taklimat pasal syarat folio tokoh nilam . Memang malas gila nak buat sebab 12.5.2015 dah start mid year exam . Nak study pun tak tenang sebab folio tak siap siap . Tapi cikgu cakap , seeloknya siapkan sebelum exam , baru tak menganggu . Folio tu kene siap sebelum 22.5.2015 , sebab time tu dah ada dkt Shah Alam , 3 hari program tokoh nilam dkt sana .

Ni jadual kiteorang masa dkt Shah Alam tu . :




Memang terkejar-kejar lah . haha . And masa taklimat , dalam folio kena ada bahagian lampiran , gambar-gambar masa kecik , gambar dengan family , aktiviti-aktiviti mcm kem . banyak la . So time tu start la mencari gambar dkt facebook , insta , blog cikgu sks . Hahahaha , untuk qasedah pulak , terpaksa mintak dkt ustad gambar . Masa cari gamba , terjumpa pulak gamba ni , aku sanggat kuruihh masa ni . hahaha





Masa dkt kursus , best sebenarnya , dapat jumpa kawan-kawan hahaha . Lepastu photoshoot untuk cover depan folio , srs best gila .

Sebelum tunggu giliran untuk photoshoot cover depan folio , bergamba dengan illya . hahaha . Aku nampak pendek sebab aku duduk atas meja. Sebelum ni aku dengan illya dah rapat . Menggila dkt wechat , bila jumpa balik , malu-malu pulak haih .

Lepas je dapat taklimat pasal folio , kami diberi peluang untuk gunakan kemudahan computer di sana untuk siapkan apa yang patut . Ok , ni bajet-bajet candid hahaha . 


Lelaki sorang tu hah , namanya kurnia . Memang femes , semua sekolah di hulu selangor kenal dia sbb dia memang rajin join pidato , debate , bahas , choral speaking semua . Sebelum nak pergi jumpa dia , kawan sekolah aku dah ramai suruh kirim salam hahaha . Pada mulanya dapat tahu yang kurnia tarik diri . Aku agak sedih sebab kalau dia tarik diri , aku sorang jelah lelaki yang ada. Tapi rupanya kawan perempuan dari sekolah dia yang tarik diri atas sebab tersendiri. Syukur tak terkata aku :') hahahha


Kiteorang tak boleh lama-lama dekat sana sebab hari jumaat , kaum lelaki nak pergi solat jumaat. Jadi pukul 1 dah balik rumah . Insyallah , lepas ni , 22.5.2015 jumpa lagi ye ! hahaha . Esok ada kem perdana SMK serendah . Byee


YES AKU BERJAYA UPDATE SATU ENTRY !!!!!!!


Sabtu, April 11, 2015

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Zon

Assalamualaikum and hai semua orang !! .

Hari isnin , 06.04.2015 tarikh dimana aku ada pemilihan tokoh nilam peringkat zon . Pada mulanya cikgu salamah datang ke kelas kiteorg dan buat pemilihan untuk wakil Smk Serendah . Dan setelah pemilihan , aku , balqis , maisarah , nisa , dan cheng terpilih . Tapi malangnya si nisa tak boleh pergi sebab sama hari dengan sukan memanah dia .

Tempat pemilihan di PKG Sg Choh , di mana pada awalnya aku sangkakan di Smk Sg Choh . Hahahaha , gumbira aku dibuatnya sebab boleh dikatakan banyak kenalan aku dkt sekolah tu. Hari yang sama , rupanya baru aku tahu pusat pemilihan di PKG Sg Choh dalam Sk Sg Choh . hahahaha .

Kiteorang ditempatkan di dalam bilik yang selesa walaupun agak kepanasan kerana penghawa dingin tidak dapat berfungsi dengan baik tambahan pula pakai jaket . hahaha , lepastu kiteorang diberikan taklimat mengenai sistem pemilihan dan sebagainya .

Lepastu ada sesi mengambil gamba :


Dan seperti yang dijangkakan , banyak budak bahas ala parlimen yang join pemilihan tokoh nilam . hahaha . Jadi boleh dikatakan aku dah ada ramai kenalan . Sebelum di temuduga , kiteorg diasingkan kepada beberapa kumpulan secara rawak , dimana satu kumpulan ada 6 orang dari berlainan sekolah. Aku kumpulan 5 dan aku satu-satunya lelaki dalam kumpulan tersebut . Segala program pengenalan diri , bicara buku , bercerita , dimulai oleh aku , dek kerana satu-satunya lelaki kata mereka . hahaha .

Dan semasa temuduga , dia suruh aku mengenalkan diri dan soal asal usul nama unik aku  AAIZAATT BIN AZHAR , kemahiran aku , mengenai blog aku , rekabentuk blog , churpchurp dan nuffnang , belajar dalam negara atau luar negara mana lebih baik , maksud NILAM , cara menarik minat pelajar untuk membaca dan sebagainya . 

Semasa pengumuman peserta yang layak ke peringkat daerah , nama aku disebut !! Alhamdulillah , pelajar Smk Serendah 2 orang dapat wakil daerah, aku dan balqis . 7 orang yang terpilih , lelaki hanya 2 orang , aku dan kurnia dari Smk Bukit Sentosa . 

k , tu jee , wish me luck untuk peringkat daerah buat aku dan untuk exam yang bakal aku tempuhi . Maaf jarang update , busy dengan hal sekolah , tambahan pula bulan 5 dah start exam , banyak bab yang aku tak faham lagi , terutamanya Biologi dan Addmath . Terpaksa lebihkan masa untuk study . Bye !!


Selasa, April 07, 2015

SEGMEN BLOGWALKING AMAL WAKAF PEMBINAAN SURAU SEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA TEMERLOH



Klik banner untuk join .

Saya tidak mampu untuk menyumbang wang , jadi ini sahaja yang mampu saya lakukan dengan menyebarkan di alam maya , moga ramai join segmen ini kerana hadiahnya lumanyan di akhirat kelak.

Khamis, April 02, 2015

Whatsapp Call Menelan Data



Walaupun kita tahu dengan adanya penambahbaikan Whatsapp yang mampu membuat panggilan telefon tanpa mengenakan cas , tetapi masih ada masalah dan kekurangannya .

Kedua-dua pihak dalam panggilan akan menghabiskan data dengan banyak . Pemanggil Call Whatsapp akan dikenakan penolakan data yang lebih tinggi berbanding penerima panggilan .Satu minit kos panggilan Whatsapp sekitar 0.15 MB hingga 0.20 MB data 3G . Hal ini bermakna kos panggilan 5 minit sekitar 1MB untuk data 3G.

Kualiti panggilan pada rangkaian 3G baik dan jelas tetapi pada data 2G , kemungkinan besar phone anda akan lag. Untuk data 2G , satu minit kos panggilan Whatsaap dikenakan sekitar 0.35MB yang menghairankan kerana ia lebih tinggi berbanding data 3G. Tanpa pelan internet mudah alih, kadar data standard bagi kebanyakan pengusaha adalah 4p / 10 KB (3G) dan 10p / 10 KB (2G). Ini secara kasar diterjemahkan kepada Re 1 setiap minit WhatsApp panggilan pada 3G dan RM 2.50 per minit pada rangkaian 2G.

Pemanggil perlu mempunyai kelajuan internet yang lebih baik untuk perhidmatan yang lebih baik. Bukti apabila abang saya pemanggil rakannya yang mempunyai kelajuan internet 8Mbps dengan menggunakan WiFi di rumah , manakala abang saya menggunakan internet muda alih 3G . Perkhidmatan panggilan tersebut tidak memuaskan kerana terdapat banyak suara bergema yang menganggu perbualan mereka. Perkhidmatan panggilan tersebut menjadi lebih baik apabila rakannya yang membuat panggilan kepada abang saya. Saya membuat panggilan kepada rakan sekelas saya dengan menggunakan data 3G , ia juga mempunyai masalah yang sama , suara gema yang menggangu pembualan.

Sekarang pula , saya beralih kepada internet 2G untuk memanggil kawan sekelas saya yang menggunakan data 3G . Pada mulanya , panggilan gagal disambungkan . Apabila bertalu-talu saya membuat panggilan kepada rakan saya , ia berjaya disambungkan , tetapi malang dan mengecewakan apabila ia terdapat lag yang sangat teruk pada telefon saya . Kawan saya membuat panggilan kepada saya pula , ia mendapati lebih baik daripada saya yang membuat panggilan.

Masalah ini tidak berlaku kepada pengguna WiFi di rumah , selain mempunyai masalah gema yang sedikit. Walaupun dengan adanya perkhidmatan Call Whatsapp , ia masih memberi masalah kepada pengguna internet . Untuk urusan-urusan yang penting seperti urusan kerja atau kecemasan , call menggunakan kredit lebih efisen berbanding membuat panggilan memalui Call Whatsapp yang mempunyai banyak gangguan .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar