Rabu, April 29, 2015

#BloggerTalk : Ciri-Ciri Pasangan Idaman.


Assalamualaikum .. Hai !!

Baiklah , untuk pengetahuan semua ni baru first time aizat buat #BloggerTalk , hehehe . Almaklum , aizat pun baru je dalam group SahabatBlogger ni .

Tajuk #BloggerTalk minggu ni ialah ciri-ciri pasangan idaman. Cehh , baru 16 tahun dah nak berpasangan . ceh ceh ceh . hahaha . Well namapun pasangan idaman , so antara ciri-cirinya ialah :

1. Bijak
Now isu yang sedang hangat diperkatakan mengenai peserta dewi remaja iaitu Mawar Rashid yang dikatakan Beauty without brain hanya kerana tidak tahu maksud GST , korang ni tahu ke apa itu GST ? Tak Tahuuu ?!?!?!?! . Okay Klik SIIIIINIIII   Well rasanya semua orang nak perpasangan dengan perempuan/lelaki yang bijak kan ?? tipulah kalau tidak . Even dia ditempatkan di dapur dan menjadi suri rumah sepenuh masa sekalipun , otak tersangatlah penting .

2. Tinggi
Aizat suka perempuan yang tinggi . Aizat punya tinggi sekarang 180cm , so kalau boleh nak perempuan yang tinggi dalam 170cm +. Hiiksss , Entahlah , kenapa aizat suka perempuan tinggi ni . Ala ala model maybe ? hahhaha . Aizat tak mintak banyak , kalau dapat iras iras Emma Watson jadilah . hahaha

3.Kelakar
Yeahh ! aizat ni merupakan orang yang tersangatlah kelakar dan gila , kesakaian aizat boleh dikatakan seakan pelajar PPKI yang mendapat anugerah pelajar terbaik . Terkinja-kinja , hahaha . So dalam masa yang sama aizat ni akan control gila aizat bila depan orang yang aizat tak kenal . Wahai bakal pasangan ,jadilah seperti saya ! hahaha

4. Hormat orang tua
Walaupun aizat yang jenis sakai-sakai . Aizat pandai jaga hati orang tua . So aizat nak bakal pasangan aizat pun sedemikian . SWEEEETTT !! hahaa

5.Muka lawa/comel
Ni pentinggg , kalau nak berpasangan sampai berpuluh tahun wajib lawa , hahaha . k gurau , aizat tak kisah sangat tak lawa ke , tak comel ke , asalkan faham aizat sudah . Tapi kalau dapat yang lawa dan comel, apa salahnya , kira mcm bonus la ! hahaha .

6.Solehah
Yeahh ! ini penting . Aizat nak yang solehah , tahu hukum , haram , halal semua . Taat Allah dan ibubapa . Jaga aurat . Jaga solat dan tahu batas pergaulan .

Ok itu saja kot , before nak berpasangan , ilmu kene banyak di dada . jadi . Aizat nak sambung study , 12/05/2015 dah mid year exam , wish me luck guys !!! .


1 ulasan :

Aie Fyra berkata...

ecewaaahhh demand betul kau ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar