Isnin, April 27, 2015

Kem Perdana ke-2 SMK Serendah 2015


" AMARAN ! ENTRY KALI NI BANYAK GUNA AYAT LEPASTU."


Assalamualaikum guys !! ,

Balik je dari kursus pemilihan tokoh nilam , terus kemas beg untuk ke kem perdana kedua . Bayangkan , hanya 30 ringgit , sangat berbaloi . Aku bawak beg yang agak besar , bwk lampu suluh , selimut, alatan mandi , baju , kain tutup mata untuk aktiviti burung hantu .

Kem tersebut dijalankan di sekolah kami je , tak gerak jauh sbb tujuan utama kem ni untuk naikkan markah koko , sbb nanti semua dapat sijil . Pada mulanya nak dirikan khemah , tapi atas faktor musim hujan , haaa now masa update entry ni pun tgh hujan . Jadi terpaksa tidur dalam kelas je .

Aktiviti pada mulanya fikir mesti membosankan , yelah , dkt sekolah ada apa je kan ? tapi rupanya jangan pandang sebelah mata , sumpah best gila !!!!!!!

First datang 7:30 Pagi , daftarkan diri dan taklimat . lepastu dibahagikan 7 kumpulan . Kumpulan kami yang ke-7 dinamakan SKIES . hahaha . Sebenarnya aku kumpulan 1 , tapi aku usha kumpulan 7 kekurangan orang , terus aku loncat hahaha . Lagipun kumpulan 7 ramai geng aku .

Lepastu pukul 9 ada makan pagi , then aktiviti ke pusat pengakap , belajar cara membuat perangkap haiwan dan perangkap burung untuk ikhtiar hidup dlm hutan , srs best ! . Lepastu pergi ke pusat bulan sabit merah untuk belajar cara mengikat tangan orang yang patah , senang dan berguna . Lepastu pergi ke pusat kadet polis untuk belajar cara tgk kompas .

Sepatutnya haritu kami hanya pergi ke 3 pusat sahaja , tapi ada cikgu paksa kami untuk pergi ke pusat dieorang iaitu pusat kadet remaja sekolah . Belajar cara buat tripot , forpot , and banyak lagi . Lepas habis pergi 4 pusat , kami lambat sampai ke dewan . Walaupun kami lambat , ada yang lebih lambat , dan mereka hanya pergi ke 3 pusat . Mereka ditolakkan markah , huihuihui hahaha . Cikgu marah kami pula sebab tak ikut arahan , sbb pergi ke 4 pusat .

Lepastu makan tgh hari dan solat zohor , lepastu sambung pergi ke pusat kadet remaja sekolah , dan buat aktiviti yang sama iaitu buat tripod dan forpod . terpaksa walaupun dah buat . Then pergi ke pusat puteri islam untuk bermain permainan . Rehat , Solat asar , minum petang . Lepastu ada aktiviti naik cerun bukit dkt bukit SMK Serendah . Satu bukit senang je naik , bukit kedua susah sikit , bukit ketiga terpaksa menggunakan bantuan tali untuk naik , lepastu jalan atas bukit dan turun bukit dengan mengelongsorkan badan . Lepastu ada lalu atas 2 besi , then merangkak atas pasir , lepas pasir merangkak atas lumpur pulak. Bau macam lembu , srs hahah.

Lepastu kene masuk dalam gelong yang diikat di atas pokok , jalan depan sikit , kene masuk dalam tayar lori yang kosong , agak sukar untuk orang yang berisi , tapi alhamdulillah senang je buat aku , lepastu lagi sekali lalu dalam gelong .

Lepas kami siap , kami perlu bersihkan diri dari lumpuh , dan pergi makan malam . Lepastu siap untuk solat magrib . Lepastu bacaan yasin dan solat isyak . Lepastu ada tazkirah . Lepas tazkirah ada minum malam dan buat aktiviti burung hantu . Lepas habis burung hantu dalam pukul 1 mcm tu , balik ke kelas dan tidur .

Sebelum tidur , cikgu nasihatkan supaya ajak member sekurangnya 2 orang untuk pergi ke tandas bila lewat malam , aku terjaga masa tidur sebab tak tahan kencing. Aku gerak member aku Halim , dan dia hanya ckp , HAAA ?? MALAS LAAA , aku gerak lagi , dia ckp , APAA ??? dan sambung tidur , aku hanya redha dan terus pergi sorang-sorang sebab tak tahan sangat , alhamdulillah takde penampakan apa apa makluk yang aneh ., hahahah .

Kami digerakkan untuk mandi dan solat subuh ,  lepastu ada program apa tah , tak igt , sbb aku tidur dalam surau dalam keadaan duduk . hahaha. Lepastu pukul 7 keluar surau dan makan pagi . Lepastu ada senam aerobik dan kene berkawad kaki di tapak perhimpunan mengikut unit berunifom . Lepastu makan tghhari dan solat zohor.

Lepas tu pergi sambung untuk ke pusat tunas puteri untuk memasak telor dan nasi , hanya menggunanan air , plastik , bekas air kotak, dan mancis , alhamdulillah kami berjaya . Dan pergi ke pusat bomba untuk belajar cara mengangkat , membentang , dan mengulung hos bomba .

Dan lepastu ada explorace , cara kami untuk pergi ke pusat persinggahan hanya menggunakan kompas dan diberikan sudut bearing. Ikut kompas dari astaka sekolah dan kompas tunjuk arah dewan , pergi ke dewan dan aktivitinya ialah mencangkung dan menanyikan lagi sekolah , lepastu kene baring dan ikat tali kasut untuk buat satu barisan yang panjang . Lepastu guna bearing lagi satu dan kompas tunjuk ke arah astaka lagi , kami diberikan tugas untuk memasak maggie dan telur hanya menggunakan mancis dan bekas tin susu . Lepastu kami gunakan bearing lagi satu dan kompas tunjuk ke arah gelanggang bola keranjang . Tugas kami untuk menjawab kuiz . Dan bearing tunjuk ke arah pondok pakguard , diberi tugas untuk buat satu bulatan besar menggunakan surat khabar . Dan lepastu pergi ke tempat pelajar PPKI untuk bermain radio karat . Lepastu ke dewan dan kami orang yang ke-2 sampai ke dewan .


Penyampaian hadiah mengikut markah kerjasama dan markah-markah semasa aktiviti , alhamdulillah kumpulan SKIES dapat nombor kedua , Hadiah dia agak besar . hehehehe . Ni lah kumpulan kami , kumpulan SKIES , nama yang agak aneh sbb tak sampai 2 minit kami berfikir untuk letak nama kumpulan. hahaha . Ketua kumpulan Halim , aku penolong Halim . Lelaki 9 orang dan perempuan 14 orang , dalam gambar perempuan 3 orang tak cukup , pergi mana tah . Walaupun kami dapat hadiah yang merupakan makanan , tapi kami juga dapat hadiah yang tak ternilai iaitu kenangan , bersahabatan , tolong-menolong . Daripada tak pernah bertegur sehinggalah rapat . Daripada tak kenal nama , sehingga kenal. Moga wasilah yang terjalin tidak putus selamanya.




Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar