Sabtu, April 11, 2015

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Zon

Assalamualaikum and hai semua orang !! .

Hari isnin , 06.04.2015 tarikh dimana aku ada pemilihan tokoh nilam peringkat zon . Pada mulanya cikgu salamah datang ke kelas kiteorg dan buat pemilihan untuk wakil Smk Serendah . Dan setelah pemilihan , aku , balqis , maisarah , nisa , dan cheng terpilih . Tapi malangnya si nisa tak boleh pergi sebab sama hari dengan sukan memanah dia .

Tempat pemilihan di PKG Sg Choh , di mana pada awalnya aku sangkakan di Smk Sg Choh . Hahahaha , gumbira aku dibuatnya sebab boleh dikatakan banyak kenalan aku dkt sekolah tu. Hari yang sama , rupanya baru aku tahu pusat pemilihan di PKG Sg Choh dalam Sk Sg Choh . hahahaha .

Kiteorang ditempatkan di dalam bilik yang selesa walaupun agak kepanasan kerana penghawa dingin tidak dapat berfungsi dengan baik tambahan pula pakai jaket . hahaha , lepastu kiteorang diberikan taklimat mengenai sistem pemilihan dan sebagainya .

Lepastu ada sesi mengambil gamba :


Dan seperti yang dijangkakan , banyak budak bahas ala parlimen yang join pemilihan tokoh nilam . hahaha . Jadi boleh dikatakan aku dah ada ramai kenalan . Sebelum di temuduga , kiteorg diasingkan kepada beberapa kumpulan secara rawak , dimana satu kumpulan ada 6 orang dari berlainan sekolah. Aku kumpulan 5 dan aku satu-satunya lelaki dalam kumpulan tersebut . Segala program pengenalan diri , bicara buku , bercerita , dimulai oleh aku , dek kerana satu-satunya lelaki kata mereka . hahaha .

Dan semasa temuduga , dia suruh aku mengenalkan diri dan soal asal usul nama unik aku  AAIZAATT BIN AZHAR , kemahiran aku , mengenai blog aku , rekabentuk blog , churpchurp dan nuffnang , belajar dalam negara atau luar negara mana lebih baik , maksud NILAM , cara menarik minat pelajar untuk membaca dan sebagainya . 

Semasa pengumuman peserta yang layak ke peringkat daerah , nama aku disebut !! Alhamdulillah , pelajar Smk Serendah 2 orang dapat wakil daerah, aku dan balqis . 7 orang yang terpilih , lelaki hanya 2 orang , aku dan kurnia dari Smk Bukit Sentosa . 

k , tu jee , wish me luck untuk peringkat daerah buat aku dan untuk exam yang bakal aku tempuhi . Maaf jarang update , busy dengan hal sekolah , tambahan pula bulan 5 dah start exam , banyak bab yang aku tak faham lagi , terutamanya Biologi dan Addmath . Terpaksa lebihkan masa untuk study . Bye !!


Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar