Khamis, April 02, 2015

Whatsapp Call Menelan Data



Walaupun kita tahu dengan adanya penambahbaikan Whatsapp yang mampu membuat panggilan telefon tanpa mengenakan cas , tetapi masih ada masalah dan kekurangannya .

Kedua-dua pihak dalam panggilan akan menghabiskan data dengan banyak . Pemanggil Call Whatsapp akan dikenakan penolakan data yang lebih tinggi berbanding penerima panggilan .Satu minit kos panggilan Whatsapp sekitar 0.15 MB hingga 0.20 MB data 3G . Hal ini bermakna kos panggilan 5 minit sekitar 1MB untuk data 3G.

Kualiti panggilan pada rangkaian 3G baik dan jelas tetapi pada data 2G , kemungkinan besar phone anda akan lag. Untuk data 2G , satu minit kos panggilan Whatsaap dikenakan sekitar 0.35MB yang menghairankan kerana ia lebih tinggi berbanding data 3G. Tanpa pelan internet mudah alih, kadar data standard bagi kebanyakan pengusaha adalah 4p / 10 KB (3G) dan 10p / 10 KB (2G). Ini secara kasar diterjemahkan kepada Re 1 setiap minit WhatsApp panggilan pada 3G dan RM 2.50 per minit pada rangkaian 2G.

Pemanggil perlu mempunyai kelajuan internet yang lebih baik untuk perhidmatan yang lebih baik. Bukti apabila abang saya pemanggil rakannya yang mempunyai kelajuan internet 8Mbps dengan menggunakan WiFi di rumah , manakala abang saya menggunakan internet muda alih 3G . Perkhidmatan panggilan tersebut tidak memuaskan kerana terdapat banyak suara bergema yang menganggu perbualan mereka. Perkhidmatan panggilan tersebut menjadi lebih baik apabila rakannya yang membuat panggilan kepada abang saya. Saya membuat panggilan kepada rakan sekelas saya dengan menggunakan data 3G , ia juga mempunyai masalah yang sama , suara gema yang menggangu pembualan.

Sekarang pula , saya beralih kepada internet 2G untuk memanggil kawan sekelas saya yang menggunakan data 3G . Pada mulanya , panggilan gagal disambungkan . Apabila bertalu-talu saya membuat panggilan kepada rakan saya , ia berjaya disambungkan , tetapi malang dan mengecewakan apabila ia terdapat lag yang sangat teruk pada telefon saya . Kawan saya membuat panggilan kepada saya pula , ia mendapati lebih baik daripada saya yang membuat panggilan.

Masalah ini tidak berlaku kepada pengguna WiFi di rumah , selain mempunyai masalah gema yang sedikit. Walaupun dengan adanya perkhidmatan Call Whatsapp , ia masih memberi masalah kepada pengguna internet . Untuk urusan-urusan yang penting seperti urusan kerja atau kecemasan , call menggunakan kredit lebih efisen berbanding membuat panggilan memalui Call Whatsapp yang mempunyai banyak gangguan .


Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar