Sabtu, Jun 20, 2015

Salam Ramadan .




Assalamualaikum  ! Salam ramadan semua !!!

Lama gila nak mateh aku tak update blog kesayangan aku ni , entah kenapa ? hahaha . Mungkin sebab bulan exam masatu . Sebulan aku exam , tambahan kem nilam daerah .. Cuti pulak sibuk dengan latihan choral speaking . Haiyoooo . Bila dah habis cuti sibuk semak paper exam , hahahaha.

So , atas kejayaan aku untuk meng"update" blog ni , aku nak ucapkan kepada semua pembaca selamat berpuasa .. Selamat mengumpul pahala , beramal , bersedekah , meninggalkan perkara lagha , terawih dan perkara2 yang mulia yang bukan sahaja patut buat di bulan ramadan , tapi patut juga dibuat pada bulan-bulan yang lain .

Baiklah , untuk pengalaman aku berpuasa tahun ni . Agak ganjil . Sebab apa ? Sebab aku tak dapat feel ramadan macam tahun tahun sebelumnya . Tup Tap Tup Tap masa berjalan , aku bertanya kepada kawan aku , "weh , khamis ni ke puasa?". Nampak tak ketidakheran aku ? dan aku tak semangat macam tahun sebelumnya , dimana aku akan dengar pengunguman puasa di TV sedangkan dah tahu mamang keesokan harinya puasa , hahaha. Dan tak macam tahun lepas , setiapkali nak berbuka , kami akan tweet dan mention kekawan dan tulis "happy iftar" , klasss gituh haha .

Tup Tap Tup Tap , aku digerakkan bangun sahur , dan berpuasa . Serius langsung tak rasa macam puasa , sebab aku memang dah terbiasa dengan kitaran hidup aku . Bangun pagi , pergi sekolah , tak pergi kantin untuk rehat , balik tengah hari , tak lalu makan ,  pukul 9 malam baru makan . Jadi aku dah terbiasa sehingga
aku langsung tak rasa mcm puasa masa hari pertama aku berpuasa tahun ni .

Semangat raya ? hahahhahaha , aku tak rasa semangat untuk beraya , aku hanya tak sabar nak beli baju , dan kumpul duit raya je . Almaklum nak cukupkan duit simpanan aku untuk upgrade ke iphone user , hikss .

Jadi , itu sahaja pengalaman puasa aku yang agak hambar tahun ni . Tapi takpe , kita puasa sebulan , so banyak lagi hari untuk aku mencari pengalaman yang menarik . Serius rindu gila kekawan aku !!! , tahun lepas pergi terawih sama-sama . best jee , tapi tahun ni , ramai kawan aku yang pergi ke asrama .. Hmmm , miss them .

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan , maaf agak hambar , hehhee , selamat berpuasa !! .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar