Khamis, Julai 09, 2015

No Title


Assalamualaikum semua pembaca .

Harini aku bukan nak update pasal pengalaman mengembirakan , aku nak update pengalaman yang agak sukar buat aku .

Aku memang dilahirkan sebagai seorang yang agak riang , sporting , dan jenis kawan semua orang , tak kira la orang tu hitam , putih , hijau , gemuk , kurus atau halimunan sekalipun . Aku memang kawan semua orang .

Tapi keutamaan aku sekarang adalah "PEREMPUAN" .


Aku memang ada ramai kawan perempuan . Tapi yang paling aku lemah adalah bila orang perempuan yang aku selesa berkawan , berkongsi rahsia , berkongsi kenangan , berkongsi masalah , dia ingin berkongsi hati dengan aku . You know what I mean ? , hmmm yaa , dia luahkan yang dia suka aku .

Aku kalau dalam situasi ni , aku akan terdiam seketika . Aku akan gelak kecil dalam hati aku . Dan persoalkan , KENAPA AKU ???!?!?! . Almaklum aku agak sakai , selekeh , entah apa apa . Kenapa pilih aku ?? Aku takda masa untuk bercinta mahupun bercinton atau bercintin , tidak sama sekali terlintas dalam hati aku untuk bercinterr . Aku baru umur 16 tahun kot , aku lebih tumpukan study aku yang kian merosot , addmath , fizik , bio , kimia aku yang agak sukar untuk difahamkan daripada aku nak fahamkan hati perempuan .

"Aaizaatt , kau jaga-jaga sikit , sebab perempuan ni hati dia lembut , walaupun muka kau tak sekacak mana , tapi kalau hati perempuan tu dah jatuh , dia akan jatuh betul-betul" kata-kata akak aku

Dan yang paling dilema dalam hidup aku adalah , terima atau tidak , bahagiakan dia dengan penipuan atau deritakan dia dengan penolakkan ?

Aku sayang semua kawan aku .

Adakah wajib bagi perasaan sayang diselesaikan dengan hubungan "couple" ?

Bagi aku tak , sayang ni memang lumrah manusia akan ada , so kalau kau sayang kawan sejenis jantina kau . Adakah kau perlu couple dengan dia ? Yess kau akhirnya faham !!

Jadi aku rasa lebih selesa jadi kawan , kalau ada jodoh , kawin , kalau takde kawan ..

Aku memang jenis cepat kasihankan orang , dia kawan aku , dan aku sayang dia , aku taknak dia disakiti , jadi takkan aku nak sakiti dia ?

Jadi adakah perlu aku terima dia dengan penipuan ??
Ohhh nahhh !! . Aku kira macam dah anianya dia.

Jalan penyelesaian yang aku akan buat adalah dengan JAUHKAN DIRI DARI DIA.

Adakah aku kejam ? bagi aku tak . sebab aku tengah usahakan dia dari melupakan aku . Aku rasa itu perlu.

Apa perlu buat kawan kawan suka kita ? Apa perlu lakukan , Suka kawan sendiri , Suka sahabat sendiri , Suka sahabat karib , Kawan suka kita , Apa perlu buat .

1 ulasan :

Bro Ley berkata...

tapi....perempuan kalau layan baik sgt takut dia salah anggap. Diorang memang feeling sikit kalau ada lelaki take care pasal diorang. Hmm..x tau la bro...kalau kau kawan baik sgt dgn perempuan pun boleh menyebabkan dia sakit hati ....terpulanglah. Last2 pun, kau cuma layak utk take care 4 org perempuan je (x termasuk family members kau yg dah sedia ada). serius.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar