Rabu, November 04, 2015

Perginya Seorang Adik, Boboy - Entry Sedih




Assalamualaikum semua , baiklah , maaf aizat dah jarang sangat sangat update blog ! muahahahahha . Yelah form4 , macam-macam hal , exam akhir tahun lagi , jumaat ni last paper , addmath paper 1 and paper 2 , masyallah 😭 hahahaha .

Apa-apa pun adik yang aizat mention dkt tajuk tu sebenarnya kucing aizat ,  boboy .

Ok , Mesti tertanya-tanya kenapa setelah sekian lama tak update blog , tiba-tiba aizat update ? hahaha . Ok baru je berlaku tadi , aizat dah lepaskan boboy iaitu kucing parsi hitam gebu mel mel aizat dkt kawan abang Aaifaa .

Nak kasi gambar , tapi disebabkan masalah computer dkt bilik aizat dah dibukak . Sebab meja study sempit , susah nak study . Jadi itu jugak merupakan alasan kukuh kenapa aizat dah lama tak update blog hahaha . Sekarang update pakai apa ? hahahaha sekarang ni aizat update blog pakai Phone . Act first time dan tak sangka boleh update . Kalau tahu sebelum ni boleh update , dah lama aizat update semua luahan hati hari-hari 😂 hahahaha .

Ok , kisah boboy ni , masa umur dia 3 bulan , ayah beli dia dengan harga murah . Sebab dalam adik beradik boboy , boboy hitam , kira mcm harga dia rendah la . Kejam manusia menilai dari rupa ! hahaha . Ayah memang nak cari kucing parsi pun , masatu memang dah ada kucing siam , putih cokelat . Comel sangat bernama mikey . hahaha . Ok lepastu ayah pun call penjual
boboy . Ayah masatu terjumpa dkt Mudah.my . So ayah pun deal nak jumpa dkt stesen minyak petronas , tapi lupa dkt mana . hahaha masatu sek rendah lagi . Lepastu masa bawak masuk kereta , dia bising gila , mengiau je , hahaha . Lepastu masa bawak dkt rumah lama , dkt taman idaman . Dia malu-malu . Masuk bawah sofa hahaa .

Masatu mampu la , sebab badan dia kecik hahaha . Then kiteorg jaga boboy sampailah tadi 😭😭😭 , sekarang dah pindah rumah dkt Serendah Utama , dan aizat pun dah berumur 16 tahun . Gosh lamanya boboy hidup haha . Ok tujuan utama nak kasi boboy dkt orang , sebenarnya takde siapa nak jaga dia , mean ada je makanan hari hari , cuba dia takde sapa nak belai , sebab semua busy . Mak busy , ayah busy , lepastu aizat busy dengan hal sekolah . Akak-akak semua belajar dkt universiti. Memang kesian dkt dia .

Dan baru-baru ni dia pun dah mula buat perangai . Merajuk sikit dia kencing dkt baju yang belum dilipat . Lepastu dia berak dkt pasir khas , dia taburkan pasir tu. Dan akak sulong aizat insyallah akan dapat baby baru . Baby kedua , jadi mak risau sebab bulu kucing ni bahaya untuk baby . Dan aizat pun sebenarnya alah dengan bulu kucing , nanti mata gatal , bersih mcm nak gila hahaha .

Semalam dapat tahu ayah nak cari penjaga , jadi semalam dah start rasa lain macam je hati aizat haha . Then pagi tadi . Opss petang hahahha , bangun lewat hahahah . Petang tadi dapat tahu ada orang nak ambil dia tadi . Risau jugak kalau-kalau dapat penjaga yang kejam , pukul kucing hmm . Sebelum tu memang belai-belai dengan dia , selfiee , snap gambar dia banyak-banyak huhuhu .

Tadi masa aizat tengok penjaga baru tu , gayanya memang meminati kucing , tambahan dia ada 10 ekor kucing dan dia jugak mcm orang yang kaya . Hahahhaa , maksudnya boboy akan happy :') . Mak peluk akak tu dan cakap "jaga boboy elok-elok" . Lepastu mak tak kasi akak tu tukar nama dia , biar kekal jadi boboy . hahaha .

Amat terasa kehilangan 😭😭 hmmm rindu boboy hahaha .

*Nanti bila on computer , aizat post gambar-gambar boboy ok" haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar