Sabtu, Februari 13, 2016

Im Back ! / Menjadi MC/Pengacara majlis



Hey , Assalamualaikum guys ! 

Ya Allah , sumpah lama sangat sangat tak update blog :'> hahahah .. Kalau nak cakap hidup sekarang ni membosankan , takde lah bosan sangat , sebab dah banyak vacation , tapi malas tiada masa nak update , lulz . Rasanya dah ramai sangat tanya "bila nak update blog?" haha ada yang siap comment dekat entry lepas . Sekarang ni aizat update pakai iphone , memandangkan kemudahan laptop dan computer di rumah dah terhad hahaha . 

Insyallah untuk menghidupkan kembali blog buruk ni , aizat akan terus update setiap hari , atau minggu or bulan hahaha ... tapi leceh update guna iphone ni , tak boleh upload gambar dekat entry blog , hurm sedih !!  .. hurmm .  But bersyukurlah daripada  tak boleh update langsung kan ? Memandangkan aizat lihat followers di blog aizat makin lama makin kurang hahaha , memang membuatkan semangat update blog tu berkobar-kobar haha . 

Jadi kepada yang sudi nak follow aizat di instagram/twitter/wechat/snapchat untuk lihat bagaimana kehidupan aizat , sila guna kata kunci "aztazhr" aizat memang akan guna "aztazhr" untuk setiap id dan username , senang orang nak cari huhu . 

Okay sebelum aizat melalut tulis bende merepek , aizat nak kongsikan ,  aizat menjadi MC . Okay tahun lepas aizat masa Kem Pendidikan Luar Peringkat Negeri , aizat secara mengejut dipaksa dipujuk untuk menjadi MC , selalunya untuk melancarkan percakapan aizat , aizat kene baca teks berulang kali sebelum majlis berlangsung , almaklum aizat ni dah kurang membaca hahaha . 

Jadi kisahnya , baru-baru ni , ada beberapa kawan aizat datang rumah malam-malam , membawa berita gembira , dia cakap aizat ada job , untuk jadi MC di Majlis Rumah Terbuka PKR . Dua tempat , satu di Pekan Serendah pada 13/2 dan satu lagi di YBK 27/2 . Aizat pun keliru sama ada ni majlis politik atau majlis meraikan tahun baru cina . Haha , yelah , ditawarkan kerja pun dengan mulut je . Then aizat pun menerima kerja tu memandangkan aizat memang memerlukan duit untuk pergi ke kem kem pendidikan RM60 dan kem perdana smks yang harga lebih RM170 . Aizat jenis segan nak guna duit keluarga untuk bersuka ria . Cuba bayangkan , ayah penat-penat kerja , kita guna duit untuk keseronokan sorang-sorang , huh rasa sangat kejam . 

Dan disebabkan ditawarkan pun pakai air liur , tarikh2 majlis pun aizat lupa , sehinggalah semalam (jumaat 12/2) semasa di masjid untuk memunaikan solat jumaat , kawan aizat cakap "eh esk kau jadi kan ?" Aizat pun termencarut sedikit dalam hati , "Hah !!! esk kee ?" Dengan teks tiadanya , sangat gabra tau . Malam hari aizat Whatsaap Sir David , guru tusyen dieorg yang mengaturkan majlis tu . Aizat mintak teks skrip , dia jawab "tiada , perlu spontan" .. Wahhhh mati aku !! hahahaha . Aizat bayangkan masa mula-mula nak terima job tu , ingatkan hanya perlu duduk dan membaca skrip dengan intonasi yang betul haha . Malam tu masa tgk movie "Bhajrangi Bhaijan" , Movie yang mengisahkan agama , kemanusiaan , dan dua negara iaitu india dan pakistan haha . Memang 100% lagi better dari Dilwale okay ! haha . So punya syok melayan movie tu , aizat pun setting phone "airplane" yang bermaksud aizat taknak diganggu , hahaha , bila check phone , huh berpuluh call daripada sir david yang tak diangkat , arggh rasa berasalah , then dia call balik , dia ckp esk 13/2 tak jadi , majlis digantikan pada 5/3 . huh nasib baik , dapat la tenangkan diri dulu . hahaa 

Tapi disebabkan tarikh yang begitu lama , aizat pasrah melupakan kem perdana tersebut , walaupun dalam poket ada 50lebih dan duit kem kem perdidikan sudah habis bayar . Aizat rasa , perlu dilupakan je kem tui , 50ringgit tu boleh beli buku , daripada membazir dekat kem yang mahal tu haha . 

Okay guys , rasanya dah terlalu lama meninggalkan homework Addmath tu hahaaha , malam ni pulak  nak hafal pidato untuk pertandingan dalam sekolah dan sekali gus untuk markah lisan bahasa melayu jugak , haha sambil menyelam minum air . ok Guys , Selamat bersekolah !! 

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar